suria

Bukan hanya wanita, lelaki juga boleh hidap kanser payudara... ketahui apa penyebabnya

Kanser payudara juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.

UMUMNYA kanser payudara berlaku dalam kalangan wanita namun itu bukan bererti lelaki tidak boleh menghidapnya.

Ramai yang tidak menyedari bahawa lelaki juga memiliki jaringan payudara dan dapat berkembang menjadi kanser payudara. Sel-sel di hampir semua bahagian tubuh dapat menjadi kanser dan menyebar ke bahagian lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan wanita paling banyak alami ‘sleep debt’, ketahui bahaya dan penyelesaiannya

Apa penyebab kanser payudara boleh menyerang seorang lelaki? Terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi penyebabnya.

1. Faktor usia

Seperti wanita, risiko kanser payudara turut meningkat seiring pertambahan usia seseorang. Rata-rata lelaki yang didiagnos dengan kanser itu adalah sekitar usia 68 tahun.

2. Tingkat estrogen tinggi

Pertumbuhan sel payudara - baik normal ataupun abnormal dirangsang oleh adanya estrogen. Seorang lelaki dapat memiliki kadar estrogen yang tinggi kerana kesan daripada ubat-ubatan hormon, lebih berat badan, pengambilan alkohol berlebihan dan mempunyai penyakit berkaitan hati.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

3. Faktor genetik

Sejarah keluarga dapat meningkatkan risiko kanser payudara pada seorang lelaki terutamanya jika ada ahli keluarga lelaki yang lain pernah menderita kanser sama.

Risikonya lebih tinggi jika terbukti terdapat kelainan gen kanser payudara dalam keluarga. Lelaki yang mewarisi gen BRCA1 atau BRCA2 abnormal (BR singkatan Breast; CA Cancer) memiliki risiko lebih besar.

4. Terdedah kepada radiasi

Jika seorang lelaki mendapat rawatan radiasi di bahagian dada, ia meningkatkan risiko terkena kanser payudara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain