suria

Betul ke kopi penyebab tekanan?

Kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi.

MENIKMATI secawan kopi sudah menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat malah ia sering diminum tanpa mengira waktu kerana rasanya yang enak. Tapi tahukah anda bahawa minum kopi juga boleh menyebabkan tekanan?

Segelas kopi pada waktu pagi mungkin membantu seseorang untuk 'bangun' dan berasa segar sebelum memulakan hari yang panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Katanya semakin menjadi kegilaan... Berani nak cuba kopi cili?

Namun minum kopi mampu menyebabkan anda berasa tertekan. Ini berdasarkan sebuah kajian oleh Ryan S. Patel pada 2017 yang diterbitkan oleh Universiti Ohio.

Ryan dalam kajiannya memberitahu segelas kopi mampu meningkatkan hormon epinefrin dan karsitol yang menyebabkan tekanan.

Dalam satu pemerhatian dilakukan terhadap 25 koresponden yang diberi kafein secara berkala menunjukkan ia meningkatkan tekanan darah dan kadar norepinefrin yang menyebabkan tekanan.

Kesemua koresponden itu menunjukkan tanda-tanda tekanan meskipun mereka berada dalam keadaan sihat sebelum ujian dilakukan.



Kafien dalam kopi penyebab tekanan.

Mengapa kafein dalam kopi buat seseorang tertekan?

Dalam kuantiti sederhana, pengambilan kafein pada kebanyakan orang mungkin tidak menjadi masalah namun ada pula yang menunjukkan tanda-tanda tremor atau jantung berdebar selepas minum segelas kopi.

Secara dasarnya, kafein dalam kopi akan menuju ke reseptor adenosin di otak, jantung dan tempat lain yang membuatkan seseorang lebih segar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kafien juga akan mengaktifkan kelenjar pituitari yang berada di bahagian bawah otak. Akibatnya, adrenalin akan meningkat dan seseorang akan masuk dalam mod bertenaga.

Perkara itu menyebabkan seseorang akan semakin bersemangat bekerja selepas minum kopi dan tidak hairan ramai mengamalkannya demi memberi fokus kepada tugasan.

Bagaimanapun, tabiat minum kopi dalam jumlah yang banyak boleh membuatkan seseorang hilang kawalan dalam mengatasi tekanan.

Sebuah kajian pada 2021 yang diterbitkan oleh Molecular Psychiatry mendapati penggemar kopi biasanya memiliki hubungan lebih sedikit pada bahagian pemprosesan emosi di otak mereka.

"Kafien secara tidak langsung akan menyebabkan lebih banyak tekanan daripada membantu menghilangkannya," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain