suria

Katanya semakin menjadi kegilaan... Berani nak cuba kopi cili?

Kopi Cili semakin mendapat perhatian walaupun mempunyai rasa pedas.

LUPAKAN gula putih, krimer atau susu kerana sudah tiba masanya anda mencuba resepi kopi terbaharu iaitu kopi pedas.

Kopi pedas ini mungkin membuatkan anda geleng kepala berfikir tentangnya. Bagaimana rasa pahit kopi dicampur bersama cili yang pedas? Adakah ia sesuai?

ARTIKEL BERKAITAN: Laksa pun boleh buat gaduh... Ada 7 jenis laksa di Malaysia, pilih saja ikut citarasa sendiri!

Resepi terbaharu ini merupakan idea yang sedang dikembangkan oleh seorang pakar pemakanan sebuah syarikat multinasional di Amerika Syarikat, Morgan Osborne.

"Saya bimbang pada awalnya untuk mencuba resepi kopi dicampur dengan sos cili tetapi pada masa sama saya yakin ia enak," katanya.

Tapi Morgan memberitahu dia sedar tidak semua jenis kopi atau cili yang sesuai digabungkan bersama dan sebab itu dia memilih kopi jenis light roast dan medium roast agar rasanya tidak terlalu pahit.

Biji kopi yang dipanggang hingga kehitaman juga akan menghasilkan rasa pahit dan menghambarkan rasa pedas daripada cili.



Ada yang berani nak cuba?

Morgan juga memasukkan beberapa bahan lain dalam campuran itu termasuk vanila bagi memberi rasa manis dan menggunakan sos cili yang tidak menggunakan cuka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Cuka akan menyebabkan rasanya menjadi tajam dan menenggelamkan rasa kopi," katanya.

Portal Eat This Not That pula melaporkan kopi pedas mula menjadi trend sejak kebelakangan ini dan ramai mula menyukainya.

"Orang mungkin takut rasanya tidak sedap atau hanya akan terasa pedas tetapi sebenarnya ia sedap.

"Tambahan pula cili mengandungi capsaicin yang memberikan sensasi hangat pada lidah tetapi ia mempunyai antioksidan yang dapat mengurangkan paparan radikal bebas selain menurunkan risiko kanser, alzheimer, sirosis dan katarak," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A