suria

Demi hargai pelanggan, Airasia Food tawar harga hidangan hanya 1 sen!

airasia food menawarkan promosi istimewa sebagai menghargai pelanggan.

AIRASIA Food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan promosi hebat dengan harga satu sen sahaja untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa terhad.

Pelanggan boleh menebus hidangan satu sen mereka dengan menggunakan kod promosi 1SENKL bagi yang berada di kawasan Lembah Klang, dan 1SENPG untuk pelanggan yang berada di Pulau Pinang pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Laksa pun boleh buat gaduh... Ada 7 jenis laksa di Malaysia, pilih saja ikut citarasa sendiri!

Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dalam lingkungan jarak 15km dari restoran terlibat. Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.

Penebusan pertama untuk promosi hidangan satu sen ini adalah dari Pisco dengan hidangan istimewanya iaitu Croquetas di Lembah Klang, dan Nasi Ayam dari Loo Kee Chicken Rice untuk penebusan di Pulau Pinang pada 10 Jun.

Banyak lagi restoran menarik dan tawaran hidangan istimewa tersedia sepanjang promosi ini. Untuk menebus, pelanggan boleh klik pada ikon ‘Food’ di Airasia super app atau layari airasia.com/food.

Ketua e-dagang Airasia super app, Lim Ben-Jie berkata, promosi tersebut adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia yang terus menyokong Airasia Food dan pihaknya berbesar hati untuk berkongsi hidangan istimewa dari restoran terpilih.

"Kami yakin bahawa promosi masa terhad ini akan menarik perhatian ramai, jadi kami menggalakkan para pelanggan untuk memuat turun airasia super app sekarang sebagai persediaan untuk memesan hidangan satu sen ini di lokasi pilihan anda.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Dari sebuah syarikat penerbangan, kami telah berkembang menjadi sebuah aplikasi gaya hidup yang menawarkan sesuatu untuk semua orang," katanya.

Lim juga memberitahu pihaknya akan membawa kempen popular Tempat Duduk Percuma AirAsia dalam cabang perniagaan bukan penerbangan terutamanya di platform e-dagang.

Ini juga katanya adalah satu peluang untuk pihak Airasia menghargai komuniti yang terus menyokong jenama itu sejak pelancaran Airasia Food pada bulan Mei 2020.

"Kami juga berbesar hati kerana Airasia Food dapat membantu pengusaha restoran dan peniaga yang berdaftar dengan kami, di samping menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan terbaik untuk pelanggan kami," jelasnya.

Ikuti @airasiadelivers di laman Instagram untuk mendapatkan jadual penuh promosi ini, serta restoran dan hidangan yang ditawarkan. Untuk melihat tawaran hebat lain di Airasia Food, klik ikon 'Food' di Airasia super app atau layari airasia.com/food.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita bingung kereta kemik angkara labu