suria

Apa itu Panna Cotta? Rasa seperti puding, pencuci mulut dari Itali kini kesukaan ramai

Panna Cotta cukup enak dimakan sebagai pencuci mulut.

BUKAN seperti puding biasa, tetapi pencuci mulut yang berasal dari negara Itali ini sudah menjadi kegemaran ramai.

Meskipun ia berasal dari negara luar, Panna Cotta mempunyai keistimewaan sebagai salah satu dessert yang menarik untuk dihidangkan buat seisi keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi hargai pelanggan, Airasia Food tawar harga hidangan hanya 1 sen!

Beberapa restoran turut menyajikan Panna Cotta sebagai salah satu pencuci mulut khas yang terdapat dalam menu mereka.

Dihidangkan ketika sejuk, ia dapat melegakan tekak sesuai dengan iklim negara kita yang panas dan lembap.



Panna Cotta sedap dihidangkan ketika sejuk.

Apa itu Panna Cotta?

Berdasarkan portal The Kitchen, Panna Cotta merupakan dessert lembut yang hampir sama seperti puding.

Bahan utama digunakan adalah susu dan krim, namun yang membezakan diantara puding dan Panna Cotta adalah penggunaan bahan gelatin.

Bagaimana rasa Panna Cotta?

Saat anda makan pencuci mulut ini, ia akan cair dimulut kerana tekstur yang begitu lembut.

Gabungan rasa vanila dan susu menjadikan dessert ini cukup lengkap dan tidak muak.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Mengapa Panna Cotta dianggap sebagai ‘perfect dessert’?

Walaupun pencuci mulut ini sering berada di restoran mewah, namun penyediaan dan bahan yang digunakan sangat mudah dah cepat.

Bagi anda yang ingin mencari pencuci mulut ‘gluten-free’ dan kurang gula, panna cotta amat sesuai kerana anda boleh mengurangkan kandungan gula atau hanya menggunakan rasa manis asli daripada buah-buahan.



Panna Cotta sering dihidangkan di restoran mewah.

Bagaimana cara membuat Panna Cotta?

Bahan-bahan

• 2 cawan susu segar

• Setengah cawan heavy cream

• 2 sudu kecil serbuk gelatin

• 4 sudu besar gula (mengikut citarasa)

• 1 sudu esen vanila

Cara penyediaan

Masukkan serbuk gelatin dan air panas dan biarkan seketika. Kemudian campurkan susu segar, heavy cream dan gula ke dalam periuk, masak dengan api yang perlahan sehingga berbuih.

Tutup api dan gabungkan bancuhan gelatin dan kacau semua bahan ini sehingga sebati. Jangan lupa untuk masukkan esen vanila sebagai perasa.

Sejukkan selama 2 hingga 3 jam dalam peti ais, bagi menambah warna dan kesegaran variasikan topping dengan meletakkan coklat atau buah kesukaan anda.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain