suria

Jangan lalai! Kandungan gula dalam darah anda tinggi atau rendah? Ketahui simptom dan kesan pada tubuh

Pastikan anda sentiasa memeriksa kandungan gula dalam darah.

PEMERIKSAAN kesihatan secara berjadual penting untuk memastikan badan kita berada pada tahap baik.

Ramai orang yang ambil mudah mengenai kesihatan sendiri ketika berada dalam keadaan sihat. Namun tahukah anda, sekiranya kita lalai terutama dalam pengambilan makanan harian, badan kita terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit.

Salah satu perkara yang perlu kita ambil perhatian adalah mengetahui kandungan gula dalam darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan 'Mr. P' bukan sahaja tentang prestasi seksual tapi ada perkara lain perlu diberi perhatian!

Menurut Dr Mohd Ramszdhan Mohd Masdar (Crimea State Medical University), kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.

Manakala kadar gula dalam darah yang rendah boleh mencetuskan pembebasan hormon stres kortisol. Atas sebab-sebab ini, otak kita diprogramkan untuk mengekalkan gula dalam darah secara normal.

Kepentingan mencapai bacaan gula normal



Gula darah yang tinggi juga boleh menyebabkan gula darah menurun.

Sebaik sahaja gula dalam darah melepasi paras normal, otak akan mengisytiharkan 'kecemasan' dan hormon insulin berfungsi untuk mengeluarkan gula darah yang berlebihan daripada saluran darah.

Pada mulanya, insulin akan menyimpan gula atau glukosa tersebut di dalam otot dan hati di mana ia disimpan sebagai glikogen.

Malangnya, keupayaan penyimpanan otot dan hati adalah terhad, jadi sebaik sahaja sudah penuh, insulin mula mengangkut gula yang berlebihan ke dalam sel-sel lemak. Ini seperti pesta besar untuk sel-sel lemak. Mereka gembira dapat mengambil semua gula yang berlebihan yang diberikan kepada mereka dan mula berkembang.

Di samping dihantar kepada sel lemak, gula darah yang tinggi juga boleh menyebabkan gula darah untuk menurun.

Seperti yang dinyatakan di atas, badan menghasilkan insulin untuk membersihkan gula darah yang berlebihan daripada saluran. Jadi, apabila gula darah sudah tinggi, kita akan mendapat banyak insulin dalam darah dan ini dapat mendorong gula darah berada di paras normal.

Apabila gula darah kita jatuh di bawah julat normal, otak kita mengisytiharkan satu lagi 'kecemasan'.

Otak berfungsi dengan pertolongan glukosa jadi apabila gula darah rendah, otak menganggapnya sedang mengalami kelaparan. Ia mengeluarkan hormon stres yang dipanggil kortisol/”cortisol”. Hormon ini akan memaksa anda untuk mencari makanan untuk memberi makan kepada otak anda.

Kortisol adalah sebab anda mungkin berasa marah, letih, pitam atau lapar yang tidak terkawal serta menginginkan karbohidrat glisemik yang tinggi.

Kortisol juga merupakan hormon penyimpan lemak kerana ia membantu penghasilan glukosa dan meningkatkan paras gula darah apabila bacaan terlalu rendah.



Kandungan gula dalam darah yang tinggu boleh menyebabkan beberapa penyakit.

Bacaan gula normal

Berdasarkan garis panduan CPG di Malaysia, untuk pesakit kencing manis, bacaan normal bagi paras gula dalam darah ketika puasa ialah 4.4-7.0 mmol/L, manakala bacaan normal bagi paras gula dalam darah selepas makan ialah 4.4-8.5 mmol/L.

Risiko bacaan gula dalam darah tinggi atau rendah

Ramai orang yang menghidap diabetes tidak merasakan apa-apa gejala tertentu, melainkan apabila mereka mengalami ‘hyperglycemia’ (paras glukosa terlalu tinggi) atau ‘hypoglycemia’ (tahap glukosa terlalu rendah).

Kategori bacaan gula

Hypergylycaemia/bacaan gula terlalu tinggi

‘Hyperglycemia’ boleh menyebabkan kerosakan tehadap beberapa organ, yang kemudiannya membawa kepada komplikasi diabetes. Ini termasuklah masalah jantung atau vaskular, seperti serangan jantung atau strok masalah buah pinggang yang memerlukan dialisis, masalah mata, yang boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan (buta), isu seksual, seperti disfungsi erektil/’erectile dysfunction’ masalah dengan pengaliran darah, yang boleh menyebabkan amputasi.

Hypoglycaemia / bacaan gula terlau rendah

Hipoglisemia/ 'Hypoglycaemia' atau gula darah rendah boleh menyebabkan gejala yang berbeza untuk semua orang yang menghidap kencing manis. Anda akan terbiasa dengan gejala bagi keadaan ini jika anda selalu mengalaminya, walaupun gejala anda mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

Tanda-tanda awal gula darah rendah termasuklah selalu berasa lapar berpeluh, bibir kesemutan, berasa goyah atau menggigil, pening berasa penat, denyutan jantung yang cepat atau berdebar-debar menjadi mudah marah, menangis atau murung, menjadi pucat.

Sekiranya hypoglycaemia tidak dirawat ia boleh menyebabkan lemah badan, penglihatan kabur, kesukaran menumpukan perhatian kekeliruan, tingkah laku yang pelik, percakapan yang tidak jelas, atau cemerkap (seperti mabuk), rasa mengantuk, sawan dan pengsan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

gula, darah, rendah, tinggi, simptom, diabetis

Artikel Lain