Asyik kentut tak henti-henti? 6 perkara ini mungkin penyebab anda digelar 'kaki kentut'!

Kentut adalah perkara biasa namun ada beberapa situasi menyebabkan kita buang angin lebih kerap.

SIAPA yang tak pernah kentut, bukan? Malah bagi seorang manusia biasa, kita akan kentut sebanyak lima ke 15 kali setiap hari!

Ia adalah perkara normal daripada proses pencernaan selain tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran pencernaan kita.

Tapi bagi yang sering kentut tidak kira masa dan waktu sehingga membuatkan orang sekeliling tidak selesa, ia mungkin tanda gangguan pada sistem pencernaan anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan 'Mr. P' bukan sahaja tentang prestasi seksual tapi ada perkara lain perlu diberi perhatian!

Mengapa keadaan itu berlaku? Adakah anda salah seorang kaki kentut? Lapan situasi ini mungkin jawapannya!

1. Perubahan pola pemakanan

Perubahan pola pemakanan biasa membuatkan seseorang sering kentut misalnya menjadi seorang vegetarian atau menambah sesuatu jenis makanan dalam menu seharian anda.

Biasanya, gejala sering kentut akan berkurangan selepas tubuh dapat mengadaptasi perubahan pola pemakanan anda.

2. Makanan bergas

Terdapat beberapa jenis makanan yang menghasilkan gas lebih banyak dalam sistem pencernaan kita. Jenis makanan yang bergas ini biasanya dalam bentuk karbohidrat seperti ubi keledek.

Berlainan dengan protein, ia tidak menyebabkan kentut namun harus diingat ada sesetengah protein boleh membuatkan kentut anda berbau busuk! Bagi yang suka makan pedas, masam - ia juga pemicu untuk anda kentut dengan lebih kerap.

3. Sembelit

Sembelit juga boleh menyebabkan kita kerap kentut kerana kotoran yang terkumpul di usus besar akan terfermentasi dan menimbulkan lebih banyak gas dan berbau busuk!

4. Intoleransi Laktosa

Orang yang menghidap intoleransi laktosa akan menghasilkan lebih banyak gas dalam saluran pencernaan ketika ia mengambil produk tenusu seperti keju, mentega dan dadih.

Gas terbentuk kerana tubuh tidak mampu memproses laktosa iaitu sejenis protein yang terkandung dalam produk berasaskan susu. Selain sering kentut, ia juga boleh mengakibatkan gangguan pencernaan dan sakit perut.

5. Penyakit Celiac

Sistem pencernaan pada pesakit dengan penyakit celiac tidak mampu memecah gluten iaitu protein di dalam gandum dan produk berasaskan bahan itu.

Jika mereka mengambil gluten, bukan sahaja kentut malah akan mengalami sakit perut dan perut kembung.

6. Sindrom gangguan usus (IBS)

Irritable bowel syndrome (IBS) adalah kelainan pada saluran pencernaan yang mengakibatkan sakit perut, gas berlebihan, kentut dan cirit-birit.

Biasanya, gejala IBS ini akan muncul ketika penghidapnya berada dalam keadaan tertekan atau mengambil makanan tertentu.

Mengatasi masalah kerap kentut

Ada beberapa amalan yang boleh kita terapkan bagi mengawal kentut berlebihan seperti;

1. Elak mengambil makanan yang boleh menyebabkan kita sering kentut.

2. Makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap. Langkah ini akan mengurangkan keradangan pada sistem pencernaan dan menurunkan jumlah gas yang dihasilkan.

3. Makan dan minum, jangan gelogoh! Tabiat itu dapat meningkatkan jumlah udara yang ditelah dan menyebabkan pengumpulan gas berlebihan.

4. Selalu bersenam untuk mencegah pengumpulan gas pada saluran pencernaan. Paling tidak, bersenam selama 30 minit setiap hari.

5. Kurangkan makanan berlemak kerana ia paling lambat dicerna sehingga membolehkan ia terapai dan menghasilkan lebih banyak gas.

6. Jauhi minuman bersoda dan alkohol. Kedua-dua jenis minuman ini menyebabkan gelembung udara membentuk pada pencernaan.

Jika masalah kentut bertambah teruk berserta dengan sakit perut, cirit-birit, demam, najis berdarah serta penurunan berat badan - sebaik-baiknya berjumpa dengan doktor bagi memastikan tiada masalah lebih teruk.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain