Pakar kimia kongsi petua bersihkan papan pemotong tanpa menyental - “Jika tak dibersihkan dengan betul boleh jadi 'sarang' ribuan kuman”

Perkongsian Dr Fatimah mengenai cara-cara membersihkan papan pemotong dengan mudah mendapat perhatian netizen.

PAPAN pemotong antara peralatan penting semasa di dapur.

Namun tanpa kita sedari papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor.

Jika tidak dibersihkan dengan betul dan sekerap mungkin, alatan tersebut boleh menjadi ‘sarang’ kepada ribuan jenis kuman.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar dedah ramai tak tahu sudip warna hitam membahayakan kesihatan... senduk kayu berkilat kini dah selamat digunakan

ARTIKEL BERKAITAN: Selamatkah guna kuali non stick bercalar? Ramai berterima kasih atas penjelasan pakar kimia ini - “Saya dah buang satu...”

Jadi usah pandang ringan penjagaan papan pemotong yang menjadi alatan asas untuk penyediaan makanan kita seisi keluarga.

Justeru Dr Fatimah Salim yang juga pakar kimia berkongsi tentang petua dan cara membersihkan papan pemotong dengan mudah tanpa perlu menyental alatan itu.



Dr Fatimah berkongsi petua mudah untuk membersihkan papan pemotong jenis plastik.

Menurut beliau bahan asas utama yang diperlukan untuk membersihkan alatan tersebut adalah cecair peluntur Clorox.

Cara-caranya:

• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.

• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.

• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindak balas yang optimum. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.

• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga bau cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong. Gunakan seperti biasa.



Ramai ambil ringan penjagaan papan pemotong yang juga peralatan utama semasa di dapur.

Pada masa sama beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa menggunakan cecair peluntur dalam keadaan pekat.

"Jika terkena kulit, segera basuh dengan air. Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat.

"Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain