suria

Mental remaja terkesan... semuanya kerana interaksi bersemuka bersama rakan terbatas ketika lockdown

Kesihatan mental golongan terjejas berikutan lockdown.

PERINTAH kawalan berkurung (lockdown) yang dijalankan di sebahagian besar dunia berikutan penularan Covid-19 memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mental golongan remaja.

Pakar kesihatan memberi amaran kesan mental akan dialami golongan muda ini dalam tempoh lama.

Interaksi sosial secara bersemuka sangat penting untuk perkembangan otak dan membina keyakinan diri pada usia 10 dan 24 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukupkah jarak satu meter untuk elak jangkitan Covid-19?

Penyelidik dari Universiti Cambridge memberi amaran bahawa sekatan ini boleh menyebabkan orang muda mengalami pelbagai masalah kesihatan mental, tingkah laku dan kognitif di kemudian hari.

Artikel di Lancet, ahli sains saraf dari universiti berprestij itu meminta sekolah dibuka semula sebagai keutamaan untuk mencegah kerosakan mental jangka panjang.

Biarpun berdepan dengan krisis kesihatan seluruh dunia, saintis menyatakan media sosial mungkin merupakan jalan untuk menyelamatkan remaja sepanjang penularan wabak ini.

Jelas saintis, keupayaan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mungkin telah mengurangkan beberapa kesan negatif dari jarak fizikal.



Tempoh lockdown memberi kesan jangka panjang kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

Ia berlaku setelah data rasmi mendapati separuh daripada mereka yang berusia di bawah 25 tahun telah terjejas dengan mengalami masalah 'kesunyian'.

Sebilangan besar sekolah ditutup sejak 20 Mac di seluruh United Kingdom berikutan wabak ini.

Sebilangan kecil kanak-kanak sekolah rendah telah kembali belajar di England, tetapi hanya dalam kumpulan kecil.

Manakala di Malaysia sekolah rendah masih ditutup dan 24 Jun ini hanya dibuka untuk pelajar tingkatan lima dan enam.

Profesor Sarah-Jayne Blakemore, dari Jabatan Psikologi di universiti sama memaklumkan sekatan boleh mengganggu perkembangan otak dan akan mengalami kesan jangka panjang.

"Oleh kerana kesan pandemik Covid-19, ramai orang muda di seluruh dunia ketika ini terbatas untuk berinteraksi secara bersemuka dengan rakan sebaya dan rangkaian sosial sangat penting bagi perkembangan mereka pada ketika ini." -Dailymail.co.uk



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lockdown, Mental, Remaja, Jangka Panjang

Artikel Lain