suria

Jangan pandang ringan! Ambil tahu larangan-larangan sebagai pelaku ibadah korban

Terdapat beberapa larangan perlu diambil kira sewaktu melaksanakan ibadah korban.

PADA setiap 10 Zulhijjah, kita akan meraikan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha.

Sebagai umat Islam, kita perlulah mengambil tahu tentang perkara-perkara yang dilarang, tidak kiralah sama ada kita semasa melakukan ibadah korban atau tidak.

Ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang dalam melakukan ibadah korban, tetapi ia merupakan perkara agak berat..

Memasuki bulan Zulhijah mereka yang berkorban disarankan untuk tidak melakukan perbuatan-perbuatan di bawah:

1. Anjuran untuk tidak memotong, mencabut dan mencukur rambut, bulu mahupun kuku ke atas orang yang melakukan ibadah korban

Sunat untuk tidak memotong, mencabut dan mencukur rambut, bulu mahupun kuku bagi orang yang melakukan ibadah korban bermula dari 1 Zulhijjah sehingga haiwan korbannya disembelih.

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda.

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). (Riwayat Tarmizi)

Menyembelih haiwan korban seperti kambing, lembu atau unta hanya boleh dilaksanakan selepas solat Hari Raya Aidiladha sehingga pada akhir hari Tasyrik.

Oleh yang demikian, pada 10, 11, 12, 13 Zulhijah sahaja umat Islam boleh melakukan ibadah korban.

Memberi daging korban kepada penyembelih, pelapah atau sebagai upah hasil kerja adalah termasuk juga dalam hukum jual beli.

2. Memberi upah daging korban kepada penyembelih

Secara umumnya menjual daging korban oleh pembuat korban itu dilarang dan ini telah diketahui oleh kebanyakan kita.

Hukum syarak menetapkan bahawa memberi daging korban kepada penyembelih, pelapah atau sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli.

Larangan memberikan daging atau selainnya sebagai upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim.

Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya, Rasulullah SAW telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.

3. Tidak dibenarkan memberi makan daging korban nazar dan tidak boleh berikan daging korban kepada orang bukan Islam.

Haram makan daging bagi orang yang melakukan korban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit.

Ia sebagaimana juga haram memberikan daging korban tersebut kepada orang bukan Islam.

4. Haram menjual kulit, lemak dan lain-lain organ atau anggota

Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulu binatang korban haram dijual oleh orang melakukan ibadah korban.

Tidak kiralah sama ada korban wajib atau sunat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain