suria

Santan AirAsia perkenal nasi lemak bungkusan baharu! Bentuk piramid, senang nak makan... harga pun OK

Kru kabin AirAsia menunjukkan menu baharu, Nasi Lemak On-The-Go.

MENU nasi lemak memang tak dapat dipisahkan dengan cita rasa rakyat Malaysia.

Dari awal pagi sehingga ke tengah malam, nasi lemak tetap menjadi pilihan utama di mana-mana.

Begitu juga dengan keenakan Nasi Lemak Pak Nasser oleh Santan AirAsia, yang cukup popular di seluruh Asean, terutama dalam penerbangan AirAsia.

Hidangan klasik Malaysia ini dimasak menggunakan bahan utama beras dan santan yang dikukus sebelum disajikan bersama sambal yang sederhana pedasnya, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng rangup serta telur rebus sebagai pelengkap.

nasi lemak on the go 5

Catherine (kanan) dan Presiden (Komersial) Capital A, Colin Currie memperkenalkan pembungkusan baharu nasi lemak.

Sejajar dengan itu, Santan AirAsia memperkenalkan menu khas terbaharu iaitu nasi lemak bungkus, 'Nasi Lemak On-The-Go', dengan harga istimewa RM4.90 sahaja.

Direka khas untuk mereka yang sibuk dengan aktiviti harian, Nasi Lemak On-The-Go dibungkus dalam bentuk piramid, berbeza dengan bentuk bungkusan sebelum ini, tetapi rasa hebat yang tetap sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu di awan biru, kini Nasi Lemak Pak Nasser boleh dinikmati di Santan dan T&CO!

Ia membolehkan pelanggan menikmati hidangan kegemaran ramai ini pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan cepat dan mudah.

Santan AirAsia menawarkan pelbagai variasi nasi lemak yang berbeza, membolehkan pelanggan memilih lauk kegemaran untuk dipadankan dengan sajian nasi lemak mereka.

Pengurus Besar Santan AirAsia, Catherine Goh berkata, dunia mungkin telah berubah disebabkan pandemik tetapi satu perkara yang tidak pernah berubah adalah komitmen mereka di bawah jenama AirAsia untuk sentiasa memberikan nilai dan perkhidmatan terbaik pada kos terendah.

nasi lemak on the go 2

Catherine (dua, kiri) dan Colin (dua, kanan) menunjukkan Nasi Lemak On-The-Go.

Menurutnya, pasukan Santan AirAsia akan terus berusaha untuk berinovasi, berevolusi dan meningkatkan penawaran terbaik kepada para pelanggan.

"Nasi Lemak Pak Nasser kami bukan sahaja menu Santan paling popular, tetapi juga mungkin sajian nasi lemak paling banyak terjual di Malaysia, baik dalam penerbangan mahupun di restoran.

"Secara purata, restoran kami menjual kira-kira 1,000 hidangan nasi lemak dalam sehari, dan ia dijangka meningkat empat kali ganda kepada 4,000 sajian sehari bagi setiap kedai menjelang 2026.

"Dengan hidangan kegemaran ramai, ayam goreng berempah yang turut dipertingkatkan, saya pasti Santan akan terus menjadi penyedia nasi lemak pilihan ramai," katanya.

Selain sajian menu tempatan, Santan baru-baru ini juga menambah menunya dengan memasukkan hidangan popular dari Indonesia iaitu Nasi Padang dan variasi hidangan burger dengan sentuhan tempatan.

Sejajar hasrat Santan untuk menyediakan sajian untuk semua, hidangan-hidangan ini boleh dinikmati pada harga bermula dari hanya RM9.90 untuk menu a la carte.

nasi lemak on the go 4

Nasi Lemak On-The-Go dengan harga istimewa RM4.90.

Sempena pelancaran Nasi Lemak On-The-Go, terdapat sehingga 12,000 hidangan Santan AirAsia untuk direbut dan sehingga sejuta mata AirAsia akan diberikan.

Sehubungan itu, ahli akan memperoleh mata ganjaran berganda secara automatik (12 mata AirAsia untuk setiap perbelanjaan RM1) bagi sebarang perbelanjaan di Santan AirAsia dari 27 Julai hingga 31 Oktober 2022 melalui ciri Snap & Earn pada Super App AirAsia.

Sejak pembukaan restoran pertamanya pada 2019, Santan AirAsia kini mempunyai 11 cawangan di Lembah Klang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain