Dulu di awan biru, kini Nasi Lemak Pak Nasser boleh dinikmati di Santan dan T&CO! - Selera | mStar

Dulu di awan biru, kini Nasi Lemak Pak Nasser boleh dinikmati di Santan dan T&CO!

Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin kini boleh didapati di restoran Santan dan T&CO yang terletak di Mid Valley Megamall.

JIKA menaiki penerbangan AirAsia, ramai daripada kita pasti akan membuat pra-tempahan Nasi Lemak Pak Nasser kerana bimbang tidak dapat merasai keenakan hidangan itu jika membuat pembelian di atas udara.

Kesedapan Nasi Lemak Pak Nasser memang tiada bandingan membuatkan ia hidangan ikonik penerbangan tambang murah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sentuhan fusion menu negara Gajah Putih buat anda teringat-ingat, pasti puas hati!

Tapi kini anda tidak lagi perlu menaiki penerbangan semata-mata untuk menikmati hidangan itu kerana AirAsia menerusi jenama menu dalam penerbangan itu, Santan dan T&CO kini melancarkan restoran makanan segera Asean pertama di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Bukan sahaja Nasi Lemak Pak Nasser, Santan dan T&CO turut menyediakan hidangan penerbangan popular lain seperti Nasi Ayam Uncle Chin, Mi Ikan bersama Nenas dari Cambodia, Ayam Inasal berserta Nasi Bawang (Filipina) selain teh dan kopi dari rantau Asean.

Selain itu snek dan pencuci mulut tempatan seperti Nasi Lemak Quinoa dan Kek Onde-Onde turut disediakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Presiden Kumpulan AirAsia (RedBeat Ventures) Aireen Omar dan Pengurus Besar Restoran Santan dan Kafe T&CO Catherine Goh ketika pelancarannya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Pengurus Besar Restoran Santan dan Kafe T&CO, Catherine Goh berkata, pembukaan restoran pertama itu merupakan permulaan bagi sesuatu yang hebat untuk jenama tersebut.

"Permintaan yang tinggi untuk menu dalam penerbangan diterima di seluruh rantau ini dan ia adalah jawapan kepada permintaan tersebut.

"Kami berbangga kerana dapat mengembangkan apa yang bermula sebagai menu dalam penerbangan untuk meneroka pasaran baharu dan terus  menyokong pengeluar dan pembekal tempatan dan Asean.

"Selain itu diharap dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu dengan yuran francais berpatutan pada masa akan datang," katanya.

Tambah Goh, menjelang akhir tahun 2020, pihaknya berhasrat untuk membuka lima restoran milik Santan dan 100 restoran serta kafe yang dikendalikan oleh francais dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dengan pengembangan di pasaran global.

Nasi Lemak Pak Nasser kegemaran ramai. 

Menariknya mengenai Santan dan T&CO, ia direka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui digital iaitu memaparkan menu pintar bagi mencadangkan hidangan hidangan popular berdasarkan masa, corak pesanan dan demografik.

Pelanggan juga boleh membuat pesanan terus dari santan.com.my dan aplikasi mudah alih T&CO.

Bagi meraikan pembukaan restoran itu, Santan menawarkan promosi terhad atas talian untuk pembelian Nasi Lemak Pak Nasser dengan Rendang Ayam pada harga RM5* selain kopi percuma** dengan muat turun aplikasi mudah alih T&CO di Apple Store dan Google Play.

*Eksklusif untuk pesanan atas talian di santan.com.my. Satu pesanan bagi setiap pelanggan. Daftar masuk sebagai Ahli BIG untuk menggunakan kod promo: SANTANRM5.

**Kopi percuma dengan setiap muat turun aplikasi T&CO. Satu pesanan bagi setiap Ahli BIG. Daftar masuk sebagai Ahli BIG untuk menggunakan kod promo: TCOFREECOFFEE