Mostafa mengetuai sesi selawat ketika peserta menyusuri beberapa mercu tanda ikonik Kuala Lumpur menaiki bas KL Hop-On Hop-Off.
MELIHAT sendiri Piramid dan Sphinx, menjejak sejarah Islam serta menikmati suasana Kaherah, Mesir yang sarat dengan warisan antara pengalaman boleh dinikmati menerusi pakej 'Jejak Tamadun Mesir: 8H6M Cairo bersama Mostafa Atef'.Ditawarkan oleh ikhlas.com Travel, pakej mesra Muslim itu membawa pelancong meneroka selama lapan hari enam malam dengan kunjungan ke beberapa lokasi ikonik termasuk Piramid, Sphinx dan Masjid al-Azhar, selain peluang menikmati pengalaman budaya dan sejarah. Lebih menarik, perjalanan pada 10 hingga 16 Oktober tahun ini juga turut disertai penyanyi Mesir, Mostafa Atef, yang terkenal dengan gaya tersendiri dalam menyampaikan selawat dan muzik Islamik.Sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan, pakej berkenaan ditawarkan pada harga RM6,990 seorang.Pelancong juga tidak perlu menyediakan bayaran pendahuluan yang tinggi kerana tempahan boleh dibuat dengan deposit serendah RM365 seorang, sekali gus memudahkan perancangan perjalanan lebih awal.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, Mesir dipilih sebagai destinasi kerana negara itu kaya dengan sejarah serta mempunyai hubungan yang begitu erat dengan Tamadun Islam.Antara kemeriahan program Salawat On The Move bersama Mostafa yang berlangsung di sekitar Pavilion Kuala Lumpur.Katanya, menerusi 'Jejak Tamadun Mesir', ikhlas.com mahu memberikan peluang kepada pelancong mengenali Mesir bukan sekadar sebagai destinasi pelancongan, tetapi juga sebagai tempat sarat dengan sejarah, ilmu pengetahuan dan kebudayaan."Dengan adanya Mostafa Atef dalam perjalanan ini, pengalaman tersebut pastinya menjadi lebih bermakna, khususnya bagi mereka yang sukakan selawat dan muzik berunsurkan Islam."Kami berharap perjalanan ini dapat memberi inspirasi kepada pelancong untuk melancong dengan lebih bermakna, di samping meneroka kekayaan warisan Mesir," katanya.Sementara itu, Mostafa Atef turut menyifatkan peluang menyertai perjalanan tersebut sebagai satu pengalaman istimewa."Saya amat gembira dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan istimewa ke Mesir bersama ikhlas.com."Saya berharap perjalanan ini dapat memberi peluang kepada semua untuk mengenali Mesir dari perspektif yang berbeza, memperdalam penghargaan terhadap kekayaan warisannya serta mencipta kenangan yang akan kekal di hati," katanya.Pakej pelancongan berkenaan diperkenalkan bersempena 'Mostafa Atef: Salawat On The Move', yang mengetengahkan pengalaman perjalanan bersama penyanyi tersebut menerusi pendekatan yang menggabungkan elemen pelancongan dan kerohanian.(Dari kiri) Ketua Komersial ikhlas.com, Mohd Wafiyudin Mustakim Safawi, pelakon dan pelawak, Atu Zero, Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, penyanyi Mesir, Mostafa Atef, pempengaruh, Jalil Razak, serta Ketua Mutawif dan Penasihat Syariah ikhlas.com, Iqbal Haniff.Sebagai sebahagian daripada pelancaran, tetamu dan wakil media turut berpeluang menyertai 'Salawat On The Move', iaitu perjalanan selawat istimewa menaiki bas KL Hop-On Hop-Off bersama Mostafa Atef.Perjalanan itu membawa para peserta menyusuri beberapa mercu tanda ikonik Kuala Lumpur, bermula dari Halab Gate Restaurant, sebelum meneruskan perjalanan ke KL Tower, Central Market, Dataran Merdeka, Petronas Twin Towers dan Pavilion Kuala Lumpur.Inisiatif tersebut turut mencerminkan semangat Maulidur Rasul dengan menggalakkan penghayatan dan ingatan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui selawat, apabila para peserta bersama-sama berselawat sepanjang perjalanan di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.Bagi yang berminat merancang perjalanan ke Mesir menerusi pakej tersebut, tempahan boleh dibuat melalui ikhlas.com/travel atau aplikasi ikhlas.com di Apple App Store dan Google Play Store.Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islam Capital A yang menawarkan penyelesaian Umrah dan perjalanan mesra Muslim.Selain itu, platform berkenaan turut menyediakan perkhidmatan patuh syariah seperti zakat, korban, aqiqah, sedekah dan fidyah.Berteraskan prinsip amanah, ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan, ikhlas.com komited untuk mempermudah pelaksanaan kewajipan Islam serta perjalanan ibadah bagi umat Islam.