suria

Pengawal keselamatan diangkat hero filem, ‘Leha‘ penuh aksi dan komedi tapi sarat pengajaran

Kerjaya pengawal keselamatan diangkat dalam filem Leha.

PROFESION sebagai pengawal keselamatan sering dipandang rendah oleh segelintir pihak.

Bagaimanapun kerjaya itu sebenarnya penting dan mempunyai tanggungjawab berat dalam menjaga keselamatan sesebuah kawasan daripada sebarang kemungkinan seperti mencegah aktiviti jenayah.

Disebabkan pemahanan yang masih rendah terhadap pekerjaan itu memberi ilham kepada syarikat produksi Alfanazra Productions untuk menghasilkan sebuah filem mengangat golongan itu sebagai hero menerusi naskhah berjudul Leha.

Pengarahnya, Azaromi Ghozali berkata, dia terpanggil mengangkat taraf pengawal keselamatan ke satu tahap lebih tinggi selain mewujudkan kesedaran orang ramai tentang pekerjaan tersebut.

size NP 1 - 2024-04-03T140316.961

Filem Leha angkat kerjaya pengawal keselamatan.

"Pada saya ini merupakan tarikan utama dalam filem ini. Selalunya orang memandang rendah kerjaya sebagai pengawal keselamatan.

"Namun kali ini saya mengangkat mereka dengan sifat keberanian dan tanggungjawab dan mahu menyedarkan penonton pengorbanan mereka sangat besar dalam soal menjaga keselamatan awam.

"Boleh dikatakan Leha adalah penghargaan kepada mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan ahli Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM)," katanya kepada mStar.

Bercakap mengenai Leha, Azaromi memberitahu dia mengangkat kisah dua orang pengawal keselamatan menjadi hero yang membantu membanteras kes jenayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah teliti bab CGI ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam”, sudah rancang sekual jika box office

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ tampil kelainan, kepercayaan kuno pemujaan mayat buat bulu roma berdiri

Mengetengahkan genre aksi komedi, Azaromi mahu penonton terhibur dengan lawak jenaka disampaikan sekali gus mengambil iktibar tentang keberanian pengawal keselamatan.

"Komedi bukan perlekeh kisah pengawal keselamatan tapi saya mahu semua lapisan masyarakat dapat menikmati filem ini.

"Dengan cara ini akan menarik minat penonton dan tanpa ragu-ragu ke panggung wayang bersama keluarga.

"Tetapi jangan bimbang sebab ada plot twist dalam jenaka yang diketengahkan selain Leha menampilkan kelainan berbanding filem aksi komedi lain," jelasnya.

Boleh dikatakan filem Leha ini sebagai satu penghargaan buat seluruh warga pengawal keselamatan

AZAROMI GHOZALI

PENGARAH LEHA

Sementara itu, Azaromi memberitahu tidak mudah menghasilkan sebuah filem komedi dan ia menjadi cabaran paling besar buat dia dan krew produksi.

Tambahnya sebagai seorang pengarah, dia perlu memastikan komedi yang disampaikan dapat difahami oleh penonton.

"Kalau nak buat cerita air mata atau kisah seram, ia memang agak muda tapi komedi ia sangat subjektif kerana bukan senang untuk buat penonton ketawa.

"Setiap orang ada citarsa tersendiri dan tidak perlu hairan jika satu panggung ketawa manakala yang lain langsung tidak senyum.

"Inilah cabaran terbesar buat diri saya untuk mengarahkan sebuah filem komedi seperti Leha," ujarnya.

size NP 1 - 2024-04-03T140329.620

Ali dan Kodi merupakan pelakon utama untuk filem Leha.

Leha mengisahkan tentang tiga orang pengawal keselamatan di sebuah kilang yang membantu menyelamatkan seorang gadis bernama Leha.

Leha hampir menjadi mangsa culik gara-gara mempunyai maklumat dan dokumen mengenai jenayah pemerdagangan manusia di kilang tersebut.

Filem berkenaan menampilkan barisan pelakon popular seperti Ali Puteh, Kodi Rasheed, Dboy Hamdan, Silfeny Osman, Khir Rahman, Cat Farish, Deen Wahab, Ikhwan Khairudin, Bidin Al Zaifa dan ramai lagi.

Leha akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 11 April sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain