suria

‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ tampil kelainan, kepercayaan kuno pemujaan mayat buat bulu roma berdiri

Filem seram ini mengambil inspirasi kepercayaan kaum Minahasa.

MENGAMBIL inspirasi adat dan kepercayaan kuno kaum Minahasa menjadikan filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam berbeza daripada karya seram yang lain.

Perkataan Waruga itu sendiri bermaksud tempat persemadian mayat atau bahasa mudahnya kubur.

Mengikut kepercayaan Minahasa, jasad manusia yang sudah mati akan disemadikan dalam Waruga dengan kedua-dua lutut dirapatkan ke dada seperti kedudukan bayi dalam kandungan.

BTS WARUGA 05_1

Kaum Munahasa anggap jasad yang telah mati akan hidup kembali.

Ini kerana mereka percaya jasad berkenaan akan dilahirkan semula pada masa akan datang.

Pengarahnya iaitu Azaromi Ghozali, berkata, idea untuk hasilkan filem ini bermula melalui penceritaan seorang penulis bernama Gawar Sawba'yah mengenai kepercayaan kuno tersebut.

"Pada masa sama, saya turut mempunyai sebuah idea cerita seram yang berkait ilmu hitam dan pemujaan mayat, secara tak langsung ia berkait dengan kepercayaan kaum Minahasa iini.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Syif Malam’ rungkai mitos seram di pejabat, suntik elemen komedi elak penonton tutup mata babak menakutkan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Khong-Khaek: The Djinn's Curse’ filem seram Islamik pertama Thailand, kisah benar isteri pengarah diganggu jin

"Jadi saya gabungkan dua idea ini dan terhasillah filem Waruga Kutukan Ilmu Hitam.

"Filem ini menceritakan tentang ilmu hitam serta pemujaan untuk membangkitkan semula jasad orang yang telah mati.

"Saya memilih tajuk Waruga ini sebagai simbolik dan inspirasi kepada upacara kelahiran semula mengikut kepercayaan Minahasa," katanya.

BTS WARUGA 04_1

Zahiril Adzim antara barisan pelakon yang menjayakan filem Waruga Kutukan Ilmu Hitam.

Azaromi memberitahu terdapat beberapa babak yang dipaparkan dalam filem itu tidak terlalu ekstrem kerana terikat garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem demi menjaga sensitiviti masyarakat.

Bagaimanapun perkara tersebut tidak menjejaskan jalan cerita dan babak-babak yang dirasakan kurang sesuai juga telah diringankan agar sesuai untuk tontonan P13.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam 15 Februari 2024 dengan menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Datin Elvina Mohamad, Eriza Aliya, Sahronizam Noor, Izzue Islam, Along Eyzendy dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain