suria

Harimau Malaya: The Untold Journey ada surprise! Faisal Halim bakal muncul sebagai pelakon 

Afdlin (kiri) bertindak sebagai pengarah dan Faisal (kanan) membuat kemunculan istimewa dalam Harimau Malaya: The Untold Journey.

PEMAIN bola sepak Selangor FC iaitu Faisal Halim bakal membuat kemunculan sebagai pelakon undangan menerusi filem Harimau Malaya: The Untold Journey.

Penerbitnya, Nashrul Nasir berkata Faisal dipilih atas kejayaannya yang dinobatkan sebagai pemenang trofi Gol Terbaik pada kejohanan Piala Asia di Qatar ketika menentang Korea Selatan.

Kata Nashrul, selain kehebatan Faisal atau Muhammad Faisal Abdul Halim, 26, beraksi di padang, atlet itu turut mempunyai sikap humor yang akan menarik perhatian ramai.

"Kami turut menampilkan Mickey (nama panggilan Faisal) dalam filem ini kerana sepakan gol dia melawan pasukan Korea Selatan sangat menakjubkan.

afdlin1 - 1

Afdlin komited dalam penghasilan filem Harimau Malaya: The Untold Journey.

"Dia juga mempunyai karakter menarik selain seorang yang kelakar. Saya juga melihat latar belakangnya sama seperti rakyat Malaysia yang lain. Dia bukan datang dari keluarga orang senang.

"Saya mahu menunjukkan kegigihan dan usaha dilakukan sehingga dia berada ditahap kejayaannya hari ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nash memaklumkan penggambaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey sudah siap sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 perspektif Afdlin Shauki dalam ‘Harimau Malaya: The Untold Journey’, berdebar menanti reaksi penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Filem pertama 'Janna Endoro' tak dapat sambutan, Linda Rafar terpaksa tebalkan muka minta rakan artis bantu promosi

Bagaimanapun lokasi utama tidak dapat dilakukan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Babak di atas padang terpaksa dilakukan secara pengunaan teknik imej penjanaan komputer atau CGI.

"Alhamdulillah penggambaran filem ini sudah 100 peratus selesai dan kini sedang dalam proses suntingan CGI.

Saya mahu menunjukkan kegigihan dan usaha Mickey sehingga dia berada ditahap kejayaannya hari ini.

NASHRUL NASIR

PENERBIT

"Kami tidak dapat melakukan penggambaran di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana isu padang dan sebagainya. Jadi kami terpaksa menggunakan stadium Cheras.

"Saya berharap proses CGI itu dapat dibuat dengan baik untuk menampakkan stadium itu sama seperti di Bukit Jalil," ujarnya.

Bercerita lanjut tentang filem itu, Nashrul berkata, idea menghasilkan karya tersebut dibuat bersama rakan penerbit, Alif Nabil dalam merealisasikan impian mereka sebagai 'kaki bola' mengangat kisah bertema kenegaraan dan sukan.

Keberanian untuk menghasilkan filem menelan kos RM7 juta ini tercetus seiring melihat momentum prestasi semasa skuad kebangsaan yang memberangsangkan.

harimau1 - 1

Alif (kiri) dan Nash (kanan) mengharapkan filem Harimau Malaya: The Untold Journey mendapat perhatian ramai.

"Kami mahu rakyat Malaysia menghargai skuad kebangsaan dan sebagai penyokong biasanya kita hanya mahu melihat kemenangan tetapi tidak tahu cabaran sebenar yang dilalui mereka.

"Dalam filem ini kami paparkan kejadian pahit dan manis di sebalik tabir skuad Harimau Malaya itu sendiri," jelasnya.

Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon popular termasuk Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Tony Eusoff, Vanidah Imran, Erra Fazira dan ramai lagi.

Filem terbitan 4ward Pictures yang diarahkan oleh Datuk Afdlin Shauki bakal menemui penonton di pawagam pada Jun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain