suria

Filem pertama ‘Janna Endoro’ tak dapat sambutan, Linda Rafar terpaksa tebalkan muka minta rakan artis bantu promosi

Linda kesal filem pertamanya kurang mendapat promosi di media sosial.

KECEWA filem pertama terbitannya iaitu Janna Endoro kurang mendapat sambutan, pelakon Linda Rafar terpaksa mengambil inisiatif dengan meminta bantuan promosi daripada rakan-rakan artis.

Selaku penerbit, Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 46, berkata dia perlu bergerak sendiri mempromosikan filem berkenaan yang kini masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

"Sedihlah penerbit sendiri terpaksa buat muka tak malu minta bantuan rakan-rakan artis untuk membantu dalam promosikan filem ini. Nasib baik semuanya kawan-kawan saya.

"Saya telefon semua artis-artis yang saya kenal seperti Norman KRU, Beto Kusyairy, Erra Fazira, Azad Jasmin, Raff Yaakob dan ramai lagi.

linda3 - 1

Linda minta bantuan rakan artis untuk mempromosikan Janna Endoro.

"Alhamdulillah mereka tolong saya dengan ikhlas untuk memuat naik video promosi filem ini ke platform media sosial mereka," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Mengakui kecewa dengan sambutan diberikan, Linda berkata kurangnya promosi mungkin menjadi faktor filem ini tidak diketahui masyarakat.

Disebabkan kurang penonton, pawagam juga mengurangkan tempoh tayangan untuk filem berkenaan.

"Kami diberi tempoh dua minggu untuk tayangan filem tetapi disebabkan tiada sambutan selepas tiga hari filem saya sudah tidak ditayangkan di kebanyakan pawagam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi realiti kehidupan rakyat Kelantan, filem Janna Endoro angkat wanita sebagai hero

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba muncul individu dakwa tak bayar hutang kahwin, Linda Rafar ajak jumpa... "Jangan kurang ajar komen begitu"

"Bayangkan daripada tayangan 50 buah pawagam selepas tiga hari hanya lima pawagam sahaja yang menayangkan Janna Endoro.

"Saya reda mungkin ini ujian buat saya tetapi saya kecewa kerana saya yakin sekiranya promosi dibuat dengan baik, filem ini pasti diterima ramai," ujarnya.

Meskipun sedih dengan sambutan diterima, Linda tetap berharap dia mendapat pulangan selepas melabur wang sendiri hampir RM2 juta untuk menghasilkan filem tersebut.

Sedihlah penerbit sendiri terpaksa buat muka tak malu minta bantuan rakan-rakan artis.

LINDA RAFAR

PELAKON/PENERBIT

"Saya keluarkan bajet sehingga RM2 juta atas semangat berharap boleh dapatkan semula modal keuntungan jualan tiket.

"Lagi pula filem ini kira seperti 'bayi pertama' saya. Sebelum ini saya hanya berlakon. Jadi saya mahu berikan usaha sebanyak 101 peratus untuk filem ini.

"Saya sudah bayar beberapa team pemasaran dan pengedar tapi saya lihat mereka pun buat kerja sambil lewa," jelasnya.

linda1 - 1

Janna Endoro menampilkan Trisha sebagai teraju utama.

Dalam pada itu, Linda tidak menolak wujudnya unsur ketidakadilan yang berlaku di dalam industri perfileman Malaysia.

Menurutnya, dia pernah melihat sendiri beberapa filem yang tiada sambutan tetapi masih ditayangkan di pawagam meskipun sudah berakhir tempoh wajib tayang.

"Saya rasa seperti ada 'orang dalam' seperti kroni-kroni yang menganiaya penerbit filem.

"Sebab saya lihat ada filem lain yang tak laku pun sudah tiga minggu ditayangkan dipawagam.

linda2 - 1

Linda bersama pelakon Josiah (kanan) dan pengarah (Sham).

"Tapi kenapa waktu tayangan filem mereka tidak ditarik? Saya rasa seperti ada perkara yang tidak jelas dalam industri perfileman kita," katanya.

Untuk rekod, Janna Endoro arahan Sham Jr merupakan filem terbitan Linda bersama suami iaitu Syed Aiman.

Filem ini menampilkan barisan pelakon popular termasuk Trisha Ooi, Pekin Ibrahum, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan, Zoee Tan, Syed Aiman, Kamarool Yusoff, Zalfa Zin, ZZ Zamrie dan Danny X-Factor.

Janna Endoro mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 22 Februari lalu namun kini hanya terdapat di beberapa panggung wayang termasuk TGV Wangsa Walk, TGV Mesra Mall dan TGV Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain