suria

Lima tahun tak jumpa selepas putus tunang... Zara Zya terkejut Hafreez Adam tegur tanya khabar

Zara dan Hafreez sudah move dari kisah cinta masing-masing.

SELEPAS lima tahun tidak bersua muka, pelakon Zara Zya terkejut apabila bekas tunangnya iaitu Hafreez Adam datang menyapa dan bertanya khabar semasa mereka sama-sama berada di majlis pelancaran program Ramadan Astro pada petang Khamis.

Kata Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, selepas membawa haluan masing-masing, mereka tidak pernah bertemu di mana-mana acara hiburan.

"Sejak putus tunang, kami tak pernah langsung berjumpa dalam mana-mana program. Bukan mengelak tetapi memang acara yang kami hadiri berbeza.

zara 111

Zara tak mahu kenang kisah lama.

"Namun, hari ini (Khamis) buat pertama kalinya kami bertemu di acara ini. Selepas bergambar beramai-ramai, dia ada bertemu saya, bertanya khabar dan itu sahaja, terkejut jugalah," katanya.

Meskipun hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan, Zara berkata sentiasa bersikap profesional dan enggan mengenang kisah lalu.

"Kami profesional dan tiada isu antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang sabar terima gangguan seksual, Zara Zya buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya tak sangka ramai bertanya tentang foto tunang... tunggu masa sesuai cerita hal sebenar

"Benda yang lepas biarkan berlalu. Kami berpisah pun bukan kerana isu besar kerana masing-masing ada jalan sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Zara berkata dia juga terbuka untuk bekerjasama bersama bekas tunangnya sekiranya diberikan peluang itu.

"Bagi saya, tiada masalah kalau nak bekerjasama dengan dia kalau semua itu dilakukan atas dasar kerja.

zara 123

Zara sedia berkerjasama dengan Hafreez.

"Sebelum ini ada juga tawaran untuk kami bekerjasama untuk projek drama tetapi tidak dpaat dilakukan atas sebab kekangan masa," katanya.

Pada Oktober 2019, Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan selepas berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017.

Namun hubungan mereka tidak kekal lama malah berpisah selepas sebulan bertunang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain