suria

4 perspektif Afdlin Shauki dalam ‘Harimau Malaya: The Untold Journey’, berdebar menanti reaksi penonton

Afdlin bersama barisan pelakon Harimau Malaya: The Untold Journey.

PELAKON Datuk Afdlin Shauki berdebar apabila diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem Harimau Malaya: The Untold Journey.

Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 52, berkata, perasaan itu timbul disebabkan bimbang ia tanggungjawab besar dalam menyampaikan kisah sebenar yang berlaku dalam turun naik pasukan Harimau Malaya.

"Saya rasa berdebar sebab tanggungjawab mengarahkan sebuah naskhah yang sangat besar... Kisah mengenai sukan kesayangan rakyat Malaysia.

"Bukan sahaja kesayangan tetapi bagi sesetengah individu ia sudah tertanam dalam diri... Makan bola, tidur bola, ia memang ada dalam jiwa ramai rakyat negara ini," katanya kepada mStar.

afdlin1 - 1

Afdlin mengetengahkan 4 prespektif tentang Harimau Malaya dalam filem berkenaan.

Harimau Malaya: The Untold Journey diinspirasikan daripada kisah di sebalik tabir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Januari 2022.

Menurut Afdlin, filem itu akan memasukkan empat perspektif iaitu melibatkan dari pihak pengurusan, penyokong Harimau Malaya iaitu Ultras, jurulatih Kim Pan Gon dan para pemain.

Tambah Afdlin, penonton mungkin hanya melihat permainan bola sepak di atas padang, namun sebenarnya banyak lagi perkara dalaman yang mungkin tidak diketahui ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki pernah merajuk, tawar hati buat filem kerana kebajikan tidak dijaga... Dakwa pawagam manipulasi laporan tayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Wakil artis pertama, Afdlin Shauki dilantik ahli lembaga penasihat DBKL

"Semua kisah yang dimasukkan ini kita telah temu bual mereka untuk dapatkan kisah menarik yang diterjemahkan dalam bentuk skrip.

“Apa yang anda lihat di atas padang adalah permainan bola... tetapi sebelum bola itu ditendang banyak perkara yang berlaku.

“Tugas saya dan rakan-rakan produksi serta pelakon untuk berkongsi cerita kepada rakyat Malaysia tentang bukan semudah apa yang kita lihat di depan mata.

afdlin1 - 1

Penonton dapat memahami tentang Harimau Malaya dengan lebih baik menerusi filem berkenaan.

“Tetapi pengorbanan dan segala yang berlaku di sebalik tabir yang menjadikan Harimau Malaya sesuatu yang kita sangat banggakan,” ujarnya.

Harimau Malaya: The Untold Journey dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Sophia Albarakbah, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff dan Vanidah Imran.

Ia turut membariskan pelakon Khir Rahman, Douglas Lim, Fattah Amin, Meerqeen, Fazura, Bell Ngasri dan Azhar Sulaiman.

Filem ini menjalani penggambaran selama 35 hari di sekitar Lembah Klang dan dijangka akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada tahun hadapan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain