suria

Kos hampir RM1 juta, Sabda Kekasih penuh tangisan dan emosi - “Ikut perancangan nak buat di luar negara”

Wawa berjaya menjiwai watak dan melakonkan babak menangis biarpun sudah lima tahun tidak berlakon.

MUNCUL dengan filem Sabda Kekasih yang ditayangkan bermula Khamis lalu, pelakon Wawa Zainal mendedahkan babak terakhir antara dia dan suaminya iaitu Aeril Zafrel antara yang mencabar sepanjang menjalani penggambaran.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, dia dan suaminya terpaksa melakonkan babak yang memerlukan emosi serta tangisan dalam keadaan mereka kepenatan dan mengejar masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal kembali berlakon selepas lima tahun, siap rakam lagu OST filem Sabda Kekasih - “Susah jadi penyanyi... rakam 6 kali dah semput!”

"Babak yang paling susah ketika di penghujung cerita... masa saya berjumpa dengan Aeril. Kami shooting waktu itu dalam pukul 6 pagi dan saya memang dah 'rabak' gila serta tak boleh nak buka mata.



Fauziah Nawi melakonkan watak ibu kepada Kasih (Wawa).

"Bukan saya sahaja... Aeril pun waktu itu dah penat sangat dan babak itu pula memang memerlukan kami menangis. Jadi, memang agak mencabar la nak dapatkan emosi itu.

"Lepas itu pula, matahari dah nak keluar dan kami perlu cepat-cepat habiskan babak tersebut. Mood masa itu memang susah nak sampai tapi kami all out juga sebab memikirkan ia merupakan babak akhir yang perlu dilakukan dengan baik," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Filem pertama terbitan syarikat produksi milik pasangan itu iaitu syarikat produksi Respected Citizen Production Sdn Bhd mula ditayangkan di Astro First pada 24 Jun lalu.

Kami shooting waktu itu dalam pukul 6 pagi dan saya memang dah 'rabak' gila serta tak boleh nak buka mata.

WAWA ZAINAL

PELAKON

Selain Wawa dan Aeril, filem yang penuh emosi itu turut dibintangi pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Sabri Yunus serta pendatang baharu iaitu Sharifah Husna.

Sabda Kekasih merupakan sebuah kisah romantik tragedi yang bermula dengan kisah seorang pemuzik jalanan bernama Bukhari (Aeril) yang mengubah kejahilan dirinya hanya kerana cinta seorang gadis iaitu Kasih Murni (Wawa).

Namun berlaku tragedi yang tidak diingini pada hari pertunangan mereka yang menyebabkan kesengsaraan yang dialami oleh pasangan kekasih ini.



Lakonan Sharifah Husna menerima pujian.

Kekurangan bukan kedaifan, kelebihan bukan kemuliaan’ ini mengangkat erti sebenar penerimaan cinta bukan hanya pada zahir semata-mata.

Filem yang menelan kos kira-kira RM1 juta arahan pengarah Azhari Zain itu menjalani penggambaran selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan, tahun lalu.

Dalam pada itu, Wawa yang juga seorang usahawan memberitahu mereka pada mulanya merancang untuk menjalani penggambaran filem itu di luar negara seperti Korea dan Switzerland.

Bagaimanapun mereka terpaksa melupakan hasrat tersebut berikutan keadaan pandemik Covid-19 di negara Malaysia yang masih belum dibenarkan untuk ke luar negara.



Babak mesra Aeril dan Wawa turut menarik perhatian.

"Ikutkan perancangan memang nak lakukan penggambaran filem itu di luar negara. Kami ada terfikir nak buat dekat Korea dan Switzerland tapi apa kan daya, keadaan pandemik dan PKP menyebabkan hasrat kami tidak tercapai.

"Jadi, kami hanya menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Sendayan, Negeri Sembila dan Bentong, Pahang. Ketika itu, penggambaran dan rentas negeri dibenarkan.

"Walaupun kos pembikinan filem ini tidaklah sebesar seperti kita lakukan penggambaran di luar negara, tetap kami tetap mengambil pekerja dan kru profesional supaya karya ini nampak berkualiti tinggi," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain