suria

Yusuf DJ Hitz FM ‘angkat kaki’, letak jawatan selepas persenda bahasa Inggeris guru di TikTok

Yusuf meletak jawatan sebagai penyampai radio berkuat kuasa pada Isnin.

GARA-GARA mempersenda cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita hingga mengundang kecaman ramai, penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri akhirnya meletak jawatan berkuat kuasa 22 Februari.

Perkara itu diumumkan stesen berkenaan susulan siasatan dalaman berhubung kontroversi yang berlaku pada minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penyampai Hitz FM beraksi biadab terbahak-bahak ketawakan guru ajar Bahasa Inggeris untuk ‘content’ TikTok digantung kerja

"Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia.

Pihak kami sudah menerima peletakkan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021.

HITZ FM SARAWAK

STESEN RADIO

"Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami sudah menerima peletakkan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021," demikian menurut kenyataan ringkas Hitz FM di Instagram.

Sebelum ini, tindakan keterlaluan Yusuf, 29, mempersenda bahasa Inggeris seorang tenaga pengajar di saluran DidikTV di aplikasi TikTok mengundang kecaman netizen di laman sosial.

Menerusi perkongsian video TikTok yang dimuat naik Yusuf, dia dilihat sangat kurang sopan apabila ketawa terbahak-bahak memperlekehkan cara penyampaian guru tersebut.

Hitz FM Sarawak mengesahkan perkara itu menerusi laman Instagram.

Rata-rata netizen melahirkan perasaan marah dengan perlakuan Yusuf malah menerusi laman Facebook komuniti Kami Guru Malaysia turut menggesa majikannya untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya.

Pada Jumaat lalu, Yusuf tampil memohon maaf kepada guru terbabit dan mengakui menyedari akan kesilapannya mencerca seorang tenaga pengajar yang sedang mencurahkan ilmu kepada anak murid.

"Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada guru terbabit, ahli keluarganya dan semua pihak di atas tindakan saya.

"Saya sedar video itu memang tidak kelakar langsung dan sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh saya," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain