suria

Nazim Othman pula jadi mangsa peminat Kpop - “Macam tak sangka apa yang saya tengok kat posting tu, sumpah tiada niat hina orang”

Nazim Othman mohon maaf kepada peminat Kpop sekiranya komen yang ditulisnya menyinggung perasaan mereka.

TIDAK semena-mena nama pelakon Nazim Othman turut terkait dalam konflik melibatkan aktres Janna Nick dengan peminat artis Kpop.

Ia gara-gara soalan yang diutarakan Nazim menerusi Instagram syarikat produksi milik Janna, Jannanick Studios bagi mempromosikan telefilem pertama arahannya, Delen.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gara-gara ‘Lisa Blackpig’ akaun Instagram, Twitter Janna Nick gagal diakses! Peminat Kpop bersatu hati buat gerakan ‘report’

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Janna Nick akhirnya jawab isu ‘Lisa Blackpig’, buru penyebar fitnah persenda artis Kpop - “Salah laku mereka adalah kesalahan jenayah serius”

Rata-rata netizen beranggapan pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu turut sama bersekongkol dengan Janna yang didakwa mempersendakan artis Korea Selatan, Lalisa Manoban atau Lisa daripada kumpulan Blackpink

"Saya minta maaf ikhlas daripada lubuk hati jika ada menyakiti perasaan anda menerusi komen yang saya tulis di akaun media sosial seseorang (Janna Nick Studios).



Jawapan Nazim di Instagram berhubung kekeliruan yang timbul.

"Dalam komen itu saya tidak bermaksud untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pihak.

"Saya tulis komen itu pun sebab saya tak percaya dengan apa yang saya baca (pada kapsyen)," katanya menerusi Instagram.

Terdahulu Nazim menulis komen seolah-olah tidak mempercayai apa kapsyen pada posting di Instagram @jannanickstudios.

"Lisa Black what?" soal Nazim.

Semuanya hanya salah faham... walau apa pun, kepada penyokong Lisa terutamanya, saya minta maaf kerana terluka.

NAZIM OTHMAN

PELAKON

Selepas itu Janna sendiri menggunakan akaun Instagram rasminya membalas komen Nazim dengan perkataan 'oink oink' beserta emoji khinzir.

Paparan skrin mengenainya disebar luas netizen hingga mencetuskan kemarahan peminat Kpop.

Menjawab beberapa pertanyaan netizen, Nazim berkata dia tidak berniat untuk menghina sesiapa.

"Saya sangat berterima kasih kerana memahami saya secara peribadi tidak membenarkan diskriminasi dan kebencian.



Posting kontroversi yang turut mengaitkan Nazim.

"Saya sangat terkejut, macam tak sangka apa yang saya tengok kat posting tu. Sumpah tiada niat nak hina orang, saya sedih atas apa yang terjadi.

"Semuanya hanya salah faham. Walau apa pun, kepada penyokong Lisa terutamanya, saya minta maaf kerana terluka," katanya.

Selain itu 'Blackpig' Janna juga teruk dihentam peminat Kpop selepas pelakon Marry Me, Senorita itu didakwa mempersendakan kematian ahli kumpulan Shinee, Kim Jong-hyun yang meninggal dunia pada 2017.



Nazim tidak melatah sebaliknya menyifatkan apa yang berlaku adalah salah faham.

Susulan itu, peminat Kpop melancarkan gerakan memboikot aktres itu di media sosial hingga akaun Instagram dan Twitter miliknya kini tidak lagi boleh diakses.

Tidak berdiam diri, Janna juga membuat satu laporan polis berhubung jenayah buli siber yang dihadapinya daripada peminat Kpop yang didakwa menyebarkan fitnah hingga menjejaskan nama baiknya serta keluarga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain