suria

Gara-gara ‘Lisa Blackpig’ akaun Instagram, Twitter Janna Nick gagal diakses! Peminat Kpop bersatu hati buat gerakan ‘report’

NAMA pelakon Janna Nick sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila dikatakan mencetuskan kontroversi hingga mengundang kemarahan peminat artis Korea, Kpop.

Suasana lebih panas apabila wujud gerakan mengutuk Janna atau Nurul Jannah Muner, 26, dengan tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty hingga ia menjadi trending di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick menangis mengaku silap gaduh dengan netizen - “Bodohnya la aku... saya mengaku bodoh, loser!”

Ia bermula apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig yang dikaitkan mempunyai persamaan dengan Lalisa Manoban atau Lisa daripada kumpulan Blackpink.



Paparan skrin yang dikongsikan netizen di media sosial.

Ia dapat dilihat menerusi paparan skrin muat naik akaun Instagram @jannanickstudios yang disebarkan di media sosial

Tidak cukup dengan itu, Janna sendiri menggunakan akauan Instagram rasminya membalas komen pelakon Nazim Othman dengan perkataan 'oink oink' beserta emoji khinzir.

Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua account (akaun laman sosial) yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.

JANNA NICK

PELAKON

Bukan itu sahaja, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jonghyun, meninggal dunia pada 2017 kembali dikongsi peminat.

Walaupun hal berkaitan kematian Jonghyun pernah dijelaskan sendiri oleh Janna, namun ia tetap menjadi modal sasaran peminat Kpop.

Sehubungan itu hasil semakan mStar, akaun Instagram dan Twitter Janna kini sudah tidak boleh diakses.



Akaun Instagram Janna sudah tidak boleh diakses. Gambar kanan adalah perkongsian netizen selepas membuat laporan kepada pemaju platform berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua akaun media sosial itu dinyahaktif (deactivate) sendiri oleh Janna atau dipadamkan oleh pemaju platform berkenaan hasil daripada laporan yang dibuat peminat Kpop.

Menyifatkan kekecohan yang berlaku adalah akibat perbuatan fitnah, Janna akhirnya tampil membuat laporan polis.



Twit Janna pada tengah malam Ahad sebelum akaunnya tidak dapat dikesan.

"Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua account (akaun laman sosial) yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.

"Segala screenshot telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat," kata Janna.

Pelakon ini mempunyai 6.2 juta pengikut di Instagram.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain