suria

“Biarlah hilang segalanya asalkan dia kembali daripada ada semua tapi lupakan anak-anak” - Isteri harap Shuk sedar, jalankan tanggungjawab selepas Hot FM tamatkan kontrak

Isteri reda Shuk hilang kerja di Hot FM.

SUSULAN berita perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM ditamatkan berkuat kuasa pada Khamis, Intagram pelawak itu menerima pelbagai komen netizen,

Malah, akaun Instagram milik isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera turut menjadi tempat netizen meminta penjelasan dan komen berkaitan isu itu.

Tidak berdiam diri, Rossalennah, 35, berkata, penamatan kontrak suaminya sebagai penyampai radio itu mempunyai hikmah tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hot FM tamatkan kontrak Shuk Sahar, siasatan dalaman dapati pelawak ini bersalah

Dia juga berharap apa yang berlaku itu dapat membuatkan Shuk sedar dan kembali kepada keluarganya.

"Biar la kita hilang segalanya asal dia kembali tempat asal... daripada ada segala-galanya tapi lupakan saya dan anak-anak.

"Tak mengapa, rezeki Allah itu luas, kalau mula dari bawah sekali pun tak mengapa, asalkan halal," katanya.

Isteri Shuk komen mengenai penamatan kontrak suaminya.

Terdahulu, pihak pengurusan Hot FM memberitahu Shuk telah melanggar terma perjanjian seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio stesen tersebut.

Justeru itu, kontrak sebagai penyampai segmen Geng Pagi Hot (GPH) ditamatkan berkuat kuasa pada Khamis.

Biar la kita hilang segalanya asal dia kembali tempat asal.

ROSSALENNAH NATASSYIAH ASSHAFERAH

ISTERI SHUK SAHAR

Sebelum ini, pelawak tersebut telah digantung tugas sejak 24 Januari lalu selepas krisis rumah tangga dan isu curang membabitkan dirinya menjadi perbualan hangat netizen.

Shuk telah lima tahun berkhidmat sebagai penyampai radio Hot FM, bergandingan dengan Fizi dan Shuib menerusi segmen Geng Pagi Hot (GPH).

Krisis rumah tangga Shuk hangat diperkatakan pada bulan lalu apabila Serra berkongsikan video dia 'menyerang' rumah seorang wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Shuk.

Shuk berkahwin dengan Rossalennah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimy yang berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain