suria

Akhirnya Zarina Anjoulie buka cerita tentang kisah cerai - “Both of us kena perbetulkan diri sendiri”

Zarina mahu memberi fokus kepada kerjaya selepas baru sahaja melalui proses penceraian.

SELEPAS kira-kira tiga minggu mengumumkan mengenai penceraiannya, pelakon Zarina Anjoulie mula terbuka bercerita mengenai kisah rumah tangga yang roboh di tengah jalan.

Menurut Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, perkahwinannya dengan Eilyas Azhar adalah satu kesilapan.

"Saya fikir keputusan untuk berkahwin dibuat terlalu cepat dan akhirnya kami buat keputusan yang salah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan hanya bertahan enam bulan, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai - “Best day of my life... Alhamdullilah terima kasih Yas”

Zarina, 34, berkata demikian ketika hadir ke konti Hot FM dalam segmen Geng Pagi Hot pada Rabu.



Zarina berkongsi kisah rumah tangganya di radio Hot FM.

Pada 27 Januari lalu, Zarina mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas sudah berakhir selepas enam bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Bercerita lanjut mengenai kisah penceraiannya, Zarina mendakwa Eilyas atau lebih mesra dipanggil Yas masih menyimpan perasaan terhadap bekas teman wanitanya sejak sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi.

Saya doakan yang terbaik untuk bekas suami saya Yas dan agar dia bahagian dengan kekasih dia sekarang

ZARINA ANJOULIE

PELAKON

"Dia dah ada girlfriend, sebelum kahwin pun dia dah balik (kembali berhubung) dengan ex-girlfriend dia.

"Tapi itu bukan penyebab kenapa kami nak cerai... sebenarnya ada masalah lain, both of us kena perbetulkan diri sendiri," katanya.

Kata Zarina lagi, sungguhpun jodohnya bersama Eilyas tidak panjang, namun dia tetap mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu.



Tinggal kenangan... rumah tangga Zarina dan Eilyas runtuh selepas enam bulan.

"Hanya kerana saya tak bahagia ia tidak bermakna saya kena tengok orang lain pun tak happy... betul tak?

"Saya doakan yang terbaik untuk bekas suami saya Yas dan agar dia bahagian dengan kekasih dia sekarang.

"Saya pula akan fokus dengan kerja, macam tu la," katanya.

Zarina mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain