suria

“Aku penat rebah, cakap Siam… mengilai-ngilai” - Andi Bernadee kena santau, jumpa paku dan bangkai katak dalam rumah

Andi Bernadee jadi mangsa santau dan mengalami perubahan diri.

PENYANYI dan pelakon, Andi Bernadee mendakwa menjadi mangsa ilmu hitam hingga menjejaskan kesihatan termasuk menyebabkan dia berada di luar kawalan, baru-baru ini.

Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, perbuatan syirik itu memberi kesan kepada tubuhnya sehingga dia bertindak seperti orang tidak normal.

"Maaf semua, saya tak boleh nak terima sebarang temubual buat masa ni. Saya perlukan rehat, saya tak boleh bercakap, saya tak boleh nak fikir.

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee terima 30 kotak hadiah daripada peminat misteri, minta buka sehari satu kotak - “Dia mesti rajin dan perwatakan menarik”

"Nanti benda tu datang balik. Aku penat la rebah-rebah, lepas itu cakap Siam, mengilai-mengilai.

"Alhamdulillah, terima kasih awak... saya tak tahu apa salah saya pada awak. Apa-apa pun ini semua ujian Allah," katanya menerusi Instagram.



Perkongsian Andi di Instagram.

Sebelum itu, Andi turut memuat naik rakaman video menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur dan penemuan bangkai katak yang sudah kering.

Sementara itu, pengurus Andi iaitu Nasir Deraman memberitahu penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu sedang berehat dan minta diberi ruang dalam proses pemulihan diri.

Dia tak ada musuh, selepas jadi artis dia kurang bergaul dan tak suka bersosial... banyak buat hal sendiri je.

NASIR DERAMAN

PENGURUS ANDI BERNADEE

"Sekarang ini dia tengah berehat di rumah, saya minta dia jangan beri kenyataan apa-apa. Hari ini dia akan buat rawatan kedua dengan seorang ustaz.

"Semalam dia tunjuk perubahan sikap, macam orang lalok... bercakap seorang diri dalam bilik air dan kita tahu itu bukan Andi Bernadee.

"Selepas melihat keadaannya, kawan serumah Andi panggil ustaz untuk membantu dan menemui objek misteri itu di rumahnya," katanya kepada mStar.



Andi tak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Nasir berkata dia tidak mengetahui siapakah individu yang melakukan perbuatan syirik itu kerana sepanjang dia mengenali pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu, Andi tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak.

"Dia tak ada musuh, selepas jadi artis dia kurang bergaul dan tak suka bersosial... banyak buat hal sendiri je.

"Tak ada nak melepak. Malah dengan saya pun susah nak ajak keluar, habis kerja memang terus balik rumah.

"Apa-apa pun kita doakan supaya Andi cepat pulih dan kuat berdepan ujian ini," ujarnya.

Ini bukanlah kejadian pertama perbuatan sihir membabitkan golongan selebriti, sebelum ini pelakon Aeril Zafrel turut mendedahkan dia dan keluarga hampir menjadi mangsa apabila menemui tiga objek misteri di kediaman mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain