suria

[VIDEO] Perkahwinan hanya bertahan enam bulan, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai - “Best day of my life... Alhamdullilah terima kasih Yas”

SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengesahkan perkara tersebut pada Rabu dan menganggap ia merupakan hari yang terbaik dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie tamat zaman janda, dipercayai sudah berkahwin dengan jejaka pilihan pada Jumaat

Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas.



Zarina memilih untuk menutup ruang komen.

"Alhamdulillah, yay aku dah cerai. Best day of my life... Alhamdullilah terima kasih Yas," tulis Zarina.

Zarina berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya namun tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai perpisahan mereka.

Aktres tersebut juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, Zarina menerusi video yang dimuat naik di Instagram mengakui keputusan tersebut merupakan jalan yang terbaik buatnya memandangkan mereka sudah tidak sehaluan lagi.

Kata Zarina, dia kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga serta anak lelakinya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang apa yang berlaku kepada dirinya.

Saya rasa kami sudah tidak sehaluan lagi.

ZARINA ANJOULIE

PELAKON

“Seperti yang anda semua tahu... ya, saya dah cerai. Bukan sebab nak kecoh pun tapi sebab ramai dah bertanya dan tak apa yang teruk terjadi. Cuma, saya rasa kami sudah tidak sehaluan lagi. Jadi, ia adalah pilihan.

“Terima kasih sangat kepada semua orang yang mesej, DM dan hubungi saya... terima kasih sebab ambil berat. Saya sangat terharu tapi saya rasa ini yang terbaik untuk saya. Tula, saya nak fokus kepada kerja dan keluarga serta anak lelaki saya.

“Saya nak luangkan masa dengan keluarga sebab dah bertahun-tahun duduk seorang. Saya hanya nak gunakan masa untuk berada di sisi keluarga saya, ” ujarnya.



Pasangan ini berkahwin pada Julai tahun lalu.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain