suria

Shuk Sahar digantung tugas serta merta sebagai penyampai Hot FM - “Tindakan ini bagi memberi ruang pihak pengurusan buat siasatan dalaman”

Stesen radio Hot FM mengesahkan Shuk digantung kerja bermula Isnin.

SUSULAN isu melibatkan rumah tangga Shuk Sahar yang menjadi perbualan hangat, stesen radio Hot FM mengambil langkah untuk mengantungkan perkhidmatan pelawak itu sebagai penyampai radio berkuat kuasa pada Isnin.

Perkara tersebut diumumkan oleh pihak pengurusan stesen radio Hot FM dan mengesahkan perkhidmatan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar digantung serta merta.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fara Salleh mengaku skandal dengan Shuk Sahar sudah berakhir - “Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!”

Menerusi kenyataan rasmi itu juga mengatakan perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.



Wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Shuk iaitu Fara Salleh.

"Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial," tulis kenyataan yang diberikan kepada pihak media.

Sejak Sabtu lalu, krisis rumah tangga Shuk menarik perhatian netizen apabila isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa suaminya berlaku curang sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Rossalennah menerusi laman sosial miliknya turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya

Bagaimanapun, Rossalennah mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.



Shuk dan isteri mempunyai dua cahaya mata perempuan.

Rossalenna turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

Sementara itu, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Shuk iaitu Fara Salleh ketika ditemu bual mStar secara eksklusif tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan.

Menurut wanita berusia 28 tahun itu, dia kesal apabila isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah bertindak menyebarkan maklumat peribadinya termasuk alamat rumah dan nombor telefon bimbit.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain