suria

Janna Nick menangis mengaku silap gaduh dengan netizen - “Bodohnya la aku… saya mengaku bodoh, loser!”

Janna Nick kesal bertengkar dengan netizen di media sosial.

PELAKON Janna Nick kesal dengan tindakannya bertengkar dengan netizen sehingga tercetusnya perbalahan dan kecaman di media sosial.

Menyedari kesilapan diri, Janna mengakui tindakannya itu salah dan dia sebagai seorang selebriti tidak sepatutnya bergaduh dengan netizen yang menjadi penyokong karier seninya sebelum ini.

"Tak tahulah kita rasa macam mulakan tahun 2021 dengan negatif, gaduh dengan netizen... bodohnya la aku ni... saya mengaku sayalah bodoh, loser saya tak patut gaduh dengan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick bertikam lidah dengan netizen gara-gara kepentingan penapisan filem - “Oi beruk, filem Malaysia ada ja yang power walaupun bajet rendah”

"Bila drama saya Melastik Ke Hatimu ditayangkan, penonton support drama sampai trending rasa sedih sangat sebab aku gaduh dengan orang... Janna Nick 1 netizen 0 tu memang tak patut la.

"Kenyataan yang fasal kita cakap orang biasa dengan artis tu memang betul-betul tak ada niat nak membezakan tapi saya tetap mengakui salah saya... artis pun orang biasa, saya pun orang biasa, saya buat silap," katanya menerusi laman Instagram pada Isnin.



Janna muat naik video permohonan maaf.

Dalam nada sebak sehingga menitiskan air mata, kekasih kepada aktor Dini Azan Schatzmann ini membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dia turut menyesali tindakannya sebelum ini yang secara tidak langsung telah menyinggung perasaan segelintir pihak.

Saya sedar akan kekhilafan saya dan saya sedar siapalah saya tanpa sokongan anda!

JANNA NICK

PELAKON

"Hari ini 1 Februari kita buat video permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang tengok video ni dan sakit hati dengan Janna Nick.

"Saya minta maaf sangat-sangat... saya tak nak gaduh dengan korang. Saya harap semua maafkan saya sesiapa yang kenal saya. Saya cuma nak mulakan tahun baru dengan positif.



Janna Nick dan kekasih Dini Schatzmann bergandingan bersama dalam drama Marry Me, Senorita.

"Saya sedar akan kekhilafan saya dan saya sedar siapalah saya tanpa sokongan anda," ujarnya.

Awal tahun ini nama Janna Nick menjadi perbualan hangat netizen selepas dia menulis status di Twitter membandingkan garis panduan penapisan filem tempatan dan luar negara.

Dia turut dikecam netizen kerana aksi didukung oleh teman lelaki dalam satu video yang dimuat naik di laman sosial.

Bukan itu sahaja, pandangan peribadinya mengenai kontroversi membabitkan Shuk Sahar dan isteri turut mengundang rasa kurang senang netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain