suria

Janna Nick bertikam lidah dengan netizen gara-gara kepentingan penapisan filem - “Oi beruk, filem Malaysia ada ja yang power walaupun bajet rendah”

Janna berbalah dengan netizen tentang isu filem tempatan.

GARA-GARA meluahkan pendapatnya mengenai kepentingan garis panduan untuk sesebuah filem, pelakon Janna Nick menerima kecaman segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan pandangan itu.

Isu tersebut tercetus selepas pelakon Misteri Mona itu menyalahkan filem The Purge sebagai punca serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick terpelecok masa 'live', netizen pula puas hati - “Mulut jahat sangat mengata orang janda”

Katanya, apa yang berlaku di negara itu adalah kesan dan pengaruh filem yang tidak ditapis mengikut garis panduan seperti yang dilakukan oleh Malaysia.

Jangan nak bandingkan filem ratusan juta dengan filem kos rendah.

JANNA NICK

PELAKON

Namun, segelintir pengguna Twitter yang tidak senang dengan pendapat itu menganggap garis panduan yang ditetapkan kerajaan menjadi punca filem Malaysia tidak berkembang maju.

Pertikaman lidah berlanjutan selepas Janna membalas beberapa komen netizen dengan bahasa yang mencetuskan provokasi.



Netizen tidak puas hati dengan pendapat Janna Nick.

"Oi beruk, filem Malaysia ada ja yang power walaupun bajet rendah. Berpijak di bumi nyata, jangan nak bandingkan filem ratusan juta dengan filem kos rendah," tulisnya yang juga membalas ciapan seorang pengguna dengan perkataan 'loser'.

Perbalahan yang berlaku sejak malam Khamis itu membuatkan nama Janna Nick trending di laman sosial itu.

Bagaimanapun, Janna mengucapkan terima kasih terhadap pendapat netizen dan menerima kritikan yang dilemparkan kepadanya.

"Terima kasih kepada yang berkongsi pendapat. Semoga pendapat saya turut diterima," ujarnya.

Untuk makluman filem The Purge mengisahkan tentang acara tahunan Amerika Syarikat yang membenarkan semua aktiviti jenayah dilakukan selama 12 jam dan semua servis kecemasan ditutup.

Dalam kejadian pada Rabu, ratusan penyokong Trump mencetuskan rusuhan dan menceroboh bangunan Capitol.

Tindakan itu julung kalinya pernah terjadi dan ditayangkan secara langsung di televisyen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard

Gajah mati dibaling tayar sedang terbakar