suria

Janna Nick terpelecok masa 'live', netizen pula puas hati - “Mulut jahat sangat mengata orang janda”

Netizen tidak berpuas hati dengan cakap lepas Janna Nick ketika mengacarakan program Melodi Ahad lalu.

TINDAKAN pelakon dan pengacara Janna Nick ketika mengendalikan siaran langsung sebuah program hiburan pada Ahad lalu menerima kritikan netizen.

Ia bermula apabila ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan aktres itu yang menggelar tetamu undangan, Elly Mazlein dengan panggilan janda.

ARTIKEL BERKAITAN: “Asalkan muka saya bersepah” - Janna Nick suka kaut semua ‘job’ depan mata, tak kisah bayar rendah

ARTIKEL BERKAITAN: Arslan sahut cabaran lamar Janna Nick ketika siaran langsung, peminat pula teruja - “Dia cabar... saya buat dan kami bertukar nombor telefon”

Menerusi beberapa potongan video yang tersebar di media sosial, Janna yang mengacarakan program itu bersama Awal Ashaari menggunakan perkataan janda apabila mengaitkan pelakon itu mengenai isu perkahwinan.

Netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Janna Nick yang menggelar Elly Mazlein sebagai janda.

"Bila tengok Ezlynn ni kita teringat kak Lina Pom Pom yang nak menamatkan status janda," ujarnya.

Selain tetamu undangan lain, Awal sendiri dilihat seolah-olah terkejut dengan kenyataan dikeluarkan selebriti itu.

Janna juga dilihat terkedu dan bertindak menutup mulutnya kerana sedar akan pertuturannya yang disifatkan sebagai tidak sensitif.

Menerusi program yang bersiaran pada Ahad itu, barisan pelakon drama popular Kampung People seperti Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah yang dibawa menjadi tetamu jemputan.

Janna kemudiannya dilihat tersungkur sebelum dibantu oleh Elly Mazlein untuk bangun.

Gara-gara itu, insiden kaki Janna yang terpelecok ketika menemu bual tetamu jemputannya itu turut dikaitkan dengan perbuatan 'cakap lepas' itu.

Bila tengok Ezlynn ni kita teringat kak Lina Pom Pom yang nak menamatkan status janda.

JANNA NICK

PENGACARA

"Mulut jahat sangat mengata orang janda, padan muka jatuh tersungkur masa tengah live Melodi.

"Dia ni eloknya kena saman dan kena gam macam mana Amar kena saman dulu dengan Watson Nyambek. Masa tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Karier lakonan dia bercambah pun sebab belas ihsan keluarga Sheila Rusly. Kalau tak memang menadah gerimis saja la," tulis netizen.

Janna Nick, mengacara

Artikel Lain