suria

Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak watak ‘Jekfer’ dalam Kampung People

Hun Haqeem turut meraih perhatian ramai kerana wajahnya dikatakan seakan artis Korea.

TIDAK dinafikan, drama Kampung People yang kini hanya berbaki satu episod sebelum melabuhkan tirai memberi impak luar biasa kepada penonton.

Sudah pasti yang lebih terkesan adalah populariti barisan pelakon utamanya iaitu Rashidi Ishak, Elly Mazlien, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah.

Tidak ketinggalan aktor kacak Hun Haqeem yang kini mula mendapat perhatian peminat.

Ini Lima fakta menarik tentang Hun Haqeem yang tidak diketahui ramai.

1 . Berdarah Kacukan Melayu-Cina

Hun Haqeem mempunyai darah kacukan.

Pelakon berusia 22 tahun ini mempunyai darah kacukan Melayu-cina dan berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Bekas graduan Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM) ini kemudiannya dibesarkan di Kuching, Sarawak.

2 . Drama Cari Aku Di Syurga buka mata peminat

Hun Haqeem membawakan watak Ariff dalam drama Cari Aku Di Syurga.

Membawakan watak Ariff, drama Cari Aku Di Syurga menjadi karya pertama yang mengangkat nama Hun Haqeem.

Kemudian bakatnya makin menyerlah melalui drama Cinta Belum Tamat Tempoh membawakan watak Qhalish.

3. Minat terpupuk semasa latihan industri

Hun mula berkecimpung dalam dunia lakonan ketika menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, The New Straits Times Press (M) Berhad.

Ketika itu dia dilamar untuk membintangi drama Tasbih Usang terbitan Hypptv.

Dia digandingkan bersama Riena Diana dan Nam Rom menerusi drama tersebut.

4. Dilamar syarikat produksi

Kerjaya seni Hun semakin bersinar selepas menyertai syarikat produksi MIG.

Rezeki aktor ini semakin melimpah apabila dilamar untuk bernaung di bawah syarikat produksi Metrowealth (MIG) pada November tahun lalu.

5. Drama Kampung People cetus fenomena

Salah satu babak menarik dalam drama Kampung People.

Mula bersiaran pada 11 Disember 2019, drama Kampung People terbitan KL Motion Pictures membawa nama Hun Haqeem selangkah ke hadapan.

Membawa watak Jekfer (Jaafar), gaya bersahaja Hun Haqeem ternyata berjaya menambat hati peminat.

Drama 13 episod arahan Wan Hasliza Wan Zainudin ini turut menjadi fenomena apabila berjaya menduduki carta trending di laman Twitter saban kali ditayangkan.

P/S: Hun Haqeem akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada 7 Januari ini!

hun haqeem, kampung people

Artikel Lain