suria

Neelofa, PU Riz maafkan wanita sebar fitnah - “Apa yang lepas sangat pahit dihadapi tapi banyak hikmah tersirat”

Neelofa berlapang dada memaafkan individu fitnah dirinya.

PENGACARA dan usahawan, Neelofa Mohd Noor memaaafkan individu yang telah menulis kenyataan fitnah melibatkan dirinya dan juga PU Riz.

Menerusi Insta Storynya, Neelofa mengatakan individu yang dikenali sebagai Syamira Safiya itu masih terlalu muda dan luas perjalanannya dalam hidup ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu fitnah Neelofa dan PU Riz tarik balik kenyataan, mohon maaf keluarkan kenyataan tidak berasas - “Saya akan belajar daripada peristiwa ini”

"Adik (Syamira Safiya), awak masih terlalu muda, baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan.

"Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu," kata Neelofa.

PU Riz turut mengulang siar kata-kata Neelofa buat Syamira Safiya.

Dalam entri yang sama juga, Neelofa juga mengakui apa yang berlaku sebelum ini sangat pahit untuk dihadapinya namun dia percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

"Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat," ujarnya lagi.

Permohonan maaf daripada Syamira Safiya.

Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu

NEELOFA

PENGACARA, USAHAWAN

Kenyataan Neelofa itu kemudiannya telah diulang siar (repost) oleh PU Riz atau nama sebenar, Haris Ismail di Insta Storynya yang bersetuju dengan kata-kata usahawan tersebut.

Individu dikenali sebagai Syamira Safiya akhirnya tampil membuat permohonan maaf susulan tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadap Neelofa dan PU Riz.

Syamira sebelum ini didakwa mengeluarkan fitnah bahawa Neelofa sudah pun bernikah secara senyap-senyap di Kelantan selain usahawan itu terkena buatan minyak pengasih.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain