suria

Individu fitnah Neelofa dan PU Riz tarik balik kenyataan, mohon maaf buat tuduhan tidak berasas - “Saya akan belajar daripada peristiwa ini”

Neelofa dan PU Riz dikatakan sudah bernikah secara senyap-senyap di Kelantan.

INDIVIDU dikenali sebagai Syamira Safiya yang sebelum ini mengeluarkan beberapa tuduhan fitnah terhadap Neelofa dan pendakwah Pencetus Ummah (PU) PU Riz akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi kenyataan di laman Twitter, Syamira mengakui dia mengeluarkan kenyataan pada 26 Disember lalu tanpa sebarang kesahihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu sebar fitnah Neelofa terkena minyak pengasih, sudah nikah dengan PU Riz dicari! - “Kami minta bantuan orang ramai kesan wanita ini”

"Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Neelofa serta pembantu peribadinya di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.

"Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar," katanya.



Permohonan maaf daripada Syamira Safiya.

Syamira juga mengatakan permohonan maaf yang dibuatnya itu daripada kerelaan sendiri untuk memperbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

"Saya akan mengambil langkah untuk belajar daripada peristiwa ini dan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar

SYAMIRA SAFIYA

INDIVIDU FITNAH NEELOFA DAN PU RIZ

"Sekali lagi saya ingin meminta maaf kepada semua pihak dan terutamanya kepada Neelofa serta pembantu peribadi secara khususnya.

"Saya akan pastikan ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.



Pembantu peribadi Neelofa mencari individu yang memfitnah usahawan itu sejak minggu lalu.

Syamira sebelum ini didakwa mengeluarkan fitnah bahawa Neelofa sudah pun bernikah secara senyap-senyap di Kelantan selain usahawan itu terkena buatan minyak pengasih.

Pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin sebelum ini meminta bantuan orang ramai untuk mencari individu yang mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut sehingga ia tular di media sosial.

Neelofa juga sudah tampil menafikan semua dakwaan tersebut pada minggu lalu menerusi laman Instagramnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain