suria

Ibu Neelofa mohon maaf, mengaku terlepas cakap isu trademark daging harimau menangis

Netizen kurang senang tindakan ibu Neelofa, Noor Kartini mendaftar nama produk Harimau Menangis.

TINDAKAN ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendaftar nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di Twitter.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, Noor Kartini menerusi syarikatnya Noor Khan Enterprise memaklumkan permohonan itu bukanlah merujuk kepada nama daging ‘harimau menangis’, sebaliknya hanyalah rekaan pada tulisan perkataan itu.

Menurut kenyataan syarikat itu, keputusan mendaftar rekaan pada ejaan itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terutamanya produk tiruan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak ada orang umur 30an tak nak kahwin” - Ibu Neelofa ulas tentang jodoh anak

“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa permohonan tersebut adalah bersifat untuk melindungi penggayaan, susur atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produk.

“Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami dan pengguna di luar sana, ” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai bungkusan produk yang pihak kami pasarkan!

NOOR KHAN ENTERPRISE

SYARIKAT MILIK NOOR KARTINI

Pada Selasa, tular foto memaparkan permohonan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) yang telah diisi oleh Noor Kartini berkenaan dengan penggunaan nama ‘harimau menangis’.

Malah video daripada Instastory Noor Kartini berkenaan pengakuannya bahawa nama ‘harimau menangis’ sudah didaftarkan juga hangat menjadi perdebatan netizen.

“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis, ” katanya dalam video tersebut sambil memasak.



Ibu Neelofa mohon maaf terlanjur kata dalam video di Instagram.

Gara-gara itu, netizen di laman Twitter menegur tindakan Noor Kartini mendaftarkan nama tersebut kerana nama ‘harimau menangis’ sudah lama digunakan dan bukanlah hak eksklusif sesiapa.

Menjelaskan tentang isu yang dibangkitkan itu, syarikat Noor Kartini berkata mereka tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin menjalankan perniagaan daging yang sama.

“Kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai bungkusan produk yang pihak kami pasarkan.

“Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat.

“Pihak kami memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial pada malam 12 Januari 2021, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain