suria

Selepas setahun tiada respons... Linda Rafar teruskan saman doktor, tuntut ganti rugi RM1 juta

Linda teruskan saman fitnah terhadap seorang doktor.

PELAKON Linda Rafar memfailkan saman fitnah dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta daripada seorang doktor yang dikenali sebagai Rusyainie Ramli kerana menerbitkan muat naik palsu dan fitnah mengenai dirinya di laman sosial pada tahun lalu.

Ia susulan penyanyi tersebut tidak menerima maklum balas daripada doktor berkenaan selepas gagal membuat permohonan maaf secara terbuka dan pampasan bernilai RM4 juta Mei tahun lalu.

Wakil jurucakap Linda iaitu Wan Azmir Wan Majid, kenyataan Dr. Rusyainie telah mencemarkan imej, reputasi dan jenama peribadi Linda Rafar sebagai selebriti terkenal sambil menyebarkan pembohongan kepada pengikutnya dan orang lain yang mempunyai akses internet untuk membaca catatan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Rafar tuntut doktor bayar RM4 juta kerana dakwaan guna Facebook sebar fitnah

"Kami berpendapat bahawa ianya telah menjadi satu trend akhir-akhir ini di mana banyak mengejar pengaruh (clout chasers) membuat postings, komen dan penyataan yang lancang, kontroversi dan berat sebelah terhadap selebriti dan klien berprofil tinggi yang kami wakili, berusaha untuk menaikkan populariti menggunakan nama orang lain untuk menguntungkan diri mereka sendiri.

“Penerbitan di Facebook oleh doktor tersebut mengikut modus operandi yang sama kata-kata yang sangat berat sebelah, kasar dan memfitnah, daripada orang yang tidak dikenali oleh anak guam kami.



Imej Linda tercemar kerana muat naik tersebut.

“Defendan memfitnah Linda Rafar untuk keuntungan peribadi dalam usaha berniat jahat meningkatkan kedudukannya dalam kalangan pengikut media sosial, semuanya dengan menjatuhkan reputasi Linda Rafar. Defendan bertindak dengan niat jahat dalam menyiarkan kenyataan, catatan dan komen tersebut, ” kata Wan Azmir.

Linda Rafar memfailkan saman dan ganti rugi sebanyak RM1 juta melalui firma guaman Hafarizam, Wan dan Aisha Mubarak untuk membuktikan kebenaran secara terbuka bagi memberitahu orang ramai dan pihak berkepentingan (stakeholders) mengenai fakta yang sebenar dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya terhadap kemudaratan yang disebabkan oleh kenyataan palsu dan fitnah defendan dan kegagalan untuk meminta maaf padanya.

Defendan sedar pernyataan, catatan serta komen itu palsu dan fitnah kerana terdapat rekod dokumen oleh Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor ketika mahkamah telah membuat keputusan pada 8 Mei tahun lalu bagi saman sivil yang diambil oleh seorang jururawat terhadap Linda.

Kedua-dua pihak dinasihati untuk menyelesaikan masalah berdamai dan mereka berdua telah pun melakukan seperti yang disarankan oleh hakim.



Barisan peguam mewakili Linda; dari kiri, Zeti Zulkiflii, Wan Azmir dan Nurul Hafidzah.

Pada 29 Mei tahun lalu, Linda mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli atas penulisan berbaur fitnah menerusi Facebook wanita itu pada 9 Mei tahun yang sama.

Selain Rusyainie tiga lagi pihak termasuk PW Community turut berhadapan tindakan undang-undang atas dakwaan fitnah.

Menerusi tuntutan itu Linda mendakwa Rusyainie telah menulis dan menerbit lima bentuk penulisan (posting) berbaur fitnah dan komen-komen melampau ke atasnya di media sosial.

Keempat-empat pihak berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk memberi maklum balas sebelum tindakan susulan diteruskan.

Isu itu bagaimanapun berakhir apabila Linda dan jururawat memilih menyelesaikan secara persetujuan luar mahkamah.

Linda Rafar diwakili pasukan peguam iaitu Wan Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli.

Linda rafar

Artikel Lain