Kes pukul anak angkat, Aliff Syukri lega sudah selesai - “Saya tak bersalah hanya berunsur fitnah!”

Aliff Syukri maklumkan kes pukul anak angkat sudah selesai dan hanya fitnah.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan kes pukul anak angkatnya, Aminah Alip Syah sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah.

Aliff menerusi laman sosialnya pada Khamis membuat perbandingan anak kandungnya Ibraheem Adham hanya mengembangkan hidung sebagai tanda bersalah, namun jika perkara yang sama terjadi kepada anak angkatnya itu, orang ramai akan menuduh dia mendera kanak-kanak berkenaan.

"Budak lasak jatuh motosikal Ibraheem Adham dan dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes pukul anak angkat, Aliff Syukri dibebaskan dengan jaminan polis

"Kalau Aminah kena (cedera) mahu kes polis. By the way, kes Aminah mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah hanya berunsur fitnah!" tulisnya.

Aliff maklumkan mengenai kes itu dalam muat naik di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto anak kandung ketiganya, Ibraheem yang mengalami kecederaan pada wajah selepas terjatuh daripada motosikal.

Pada Mac lalu, Aliff didakwa memukul anak angkatnya berusia dua tahun dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu.

Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut.

Keluarga bahagia... Aliff Syukri bersama isteri dan enam anak mereka.

Aliff ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Sebelum itu, tular video dan salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut turut gembira dengan perkhabaran tersebut dan berharap penyanyi lagu Cuba Bahagia ini akan terus menyayangi Aminah seperti anak kandungnya sendiri.

Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aliff Syukri, Ameenah

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain