suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu gambar bertiga, sekarang hanya berdua! Tiba giliran Engku Emran 'unfollow' Laudya Cynthia Bella, tukar foto DP tanpa isteri

Tindakan Engku Emran menukar foto profil menguatkan lagi spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini.

KISAH rumah tangga pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella terus menjadi perbualan hangat netizen.

Terbaharu netizen 'menghidu' tindakan suami kepada pelakon tersebut iaitu Engku Emran menukar foto profil (DP) di akaun Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam foto tersebut, kelihatan Emran dicium mesra oleh anak tunggalnya Engku Aleesya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Laudya Cynthia Bella padam foto bersama Engku Emran termasuk foto pernikahan

Seperti yang diketahui umum, sebelum ini usahawan tersebut menggunakan foto profil memperlihatkan dia bersama Laudya dan Aleesya.



Engku Emran dan Laudya berkahwin pada 8 September 2017 di Kuala Lumpur.

Gara-gara menukar foto tersebut, akaun Instagram milik Emran dihujani pelbagai persoalan daripada pengikut.

Bagaimanapun, hasil carian mStar mendapati nama akaun asal @iamkumbre ditukar kepada @narmeukgne.

Pasangan ini juga dilihat tidak lagi mengikuti akaun masing-masing yang menguatkan lagi spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka.

Sebelum ini, pelakon filem Surga yang Tak Dirindukan itu ada memuat naik status di Instagram menyebut mengenai 'Tak Ada Yang Abadi' sambil berkongsi petikan ayat suci Al-Quran.

Sehingga kini, baik Laudya atau Engku Emran, masing-masing mendiamkan diri dan enggan mengulas mengenai status hubungan rumah tangga mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain