suria

Gara-Gara ‘Dayang Senandung’ main TikTok, Wani Kayrie dituduh tak sensitif isu Black Lives Matter - “Saya mohon maaf!”

Wani jelaskan penampilannya di video TikTok itu untuk watak dalam drama Dayang Senandung.

PENAMPILAN penyanyi Wani Kayrie berwajah hitam menerusi rakaman video aplikasi TikTok yang dikongsikan di Instagram miliknya mengundang kecaman netizen.

Seorang netizen di laman Twitter memuat naik video tersebut menyifatkan Wani atau atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 20, tidak sensitif dengan isu warna kulit yang melibatkan kaum kulit hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle ‘tension’ netizen tak faham bahasa! - “Sekarang orang tengah memperjuangkan kempen #blacklivesmatter, tolong hormat”

Perkongsian tersebut membuatkan Dayang Senandung menjadi trending di laman Twitter pada Jumaat.



Wani memuat naik permohonan maaf daripadanya dan pihak pengurusan.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Wani membuat permohonan maaf dan memadam video berkenaan di laman sosialnya.

Katanya, dia tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak dan penampilan tersebut hanya watak dalam sebuah drama berjudul Dayang Senandung.

"Wajah saya menjadi warna hitam bukan semata-mata bertujuan untuk rakam video itu tapi penampilan itu untuk watak dalam drama Dayang Senandung.

Saya sedar mengenai apa yang jadi sebab semua orang berkata mengenai perkara itu sehingga menjadi trending di Twitter.

WANI KAYRIE

PENYANYI DAN PELAKON

"Kebetulan, selepas habis penggambaran drama tersebut, saya buat rakam video TikTok tapi bukanlah dengan tujuan untuk menghina mana-mana pihak ataupun menggores hati sesiapa pun.

"Jadi, saya dan pihak pengurusan ingin memohon maaf," kata Wani kepada mStar.

Wani turut memuat naik permohonan maaf daripadanya dan juga pihak pengurusan Suria Records Sdn Bhd di laman Instagramnya pada Jumaat.



Netizen menyifatkan Wani tidak sensitif dengan isu warna kulit.

Isu kaum kulit hitam menjadi topik hangat di seluruh dunia dan masyarakat di Amerika Syarikat (AS) sehingga kini masih sibuk berperang isu Black Lives Matter.

"Saya sedar mengenai apa yang jadi sebab semua orang berkata mengenai perkara itu sehingga menjadi trending di Twitter. Saya ambil keputusan untuk padam video itu demi menjaga nama semua pihak.

"Terutama nama baik saya sendiri dan keputusan itu diambil selepas melakukan perbincangan dengan pihak pengurusan saya juga," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan

Kes harian Covid-19 kembali turun