suria

“Mereka tak bodoh, tahu api neraka tu panas macam mana” - Azhar Sulaiman tepuk dahi terkejut tengok anak perempuan warna rambut

Pelakon Azhar Sulaiman cuba sebaik mungkin untuk memimpin keluarganya agar lebih dekat dengan Islam.

TERKEJUT dengan gaya rambut baharu anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona, pelakon Azhar Sulaiman akui dia masih berusaha menjadi pemimpin yang baik untuk keluarganya.

Akui sedar dengan rasa kurang senang dalam kalangan netizen, Azhar, 49, berkata anaknya juga masih belajar banyak perkara terutama dalam usia yang sedang meningkat dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kembar Azhar Sulaiman cemerlang SPM, bakal ambil jurusan undang-undang

"Dia dah 18 tahun... masih explore banyak benda dalam hidup ni.

"Hidup dalam keluarga moden ni, saya sebagai bapa perlu menyesuaikan diri dengan perkara begini walaupun ada suara yang tidak menenangkan... it's part of growing up.

Kasih Iris Leona merupakan cahaya mata perempuan kedua Azhar Sulaiman.

"Ada juga orang yang menegur dan menyentuh tentang agama... ada yang cakap saya patut buat sesuatu untuk menghalangnya.

"Saya hargai semua komen yang berlandaskan agama. Tak apa, nak membebel pun tak apa, ia sangat dialu-alukan," katanya kepada mStar.

Azhar mengulas kritikan netizen mengenai penampilan Kasih Iris Leona yang menukar warna rambut kepada jingga.

Tambah Azhar dia tidak akan mempertahankan tindakan yang dibuat oleh anak gadisnya itu.

Pelakon Abang 92 ini juga berkata sebagai ketua keluarga dia akan membimbing isteri dan anak-anaknya ke arah yang lebih baik dan mendekatkan diri dengan Islam.

Saya akan cuba memimpin keluarga ke arah yang lebih baik dan kembali mendekatkan diri dengan Islam.

AZHAR SULAIMAN

PELAKON

"Saya takkan bersikap defensif atau tegakkan benang yang basah. Yang salah tu salah, kita tahan la... sebagai seorang ayah saya terima.

"Saya juga akan cuba untuk memimpin keluarga ke arah yang lebih baik dan kembali mendekatkan diri dengan Islam," ujarnya.

Menurut pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1990/91 ini lagi, anak-anaknya faham mengenai hukum hakam agama dan berharap mereka sedar kesan daripada setiap tindakan yang dilakukan.

Di samping itu, Azhar berharap masih belum terlambat untuk dia dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin untuk membimbing anak-anak mereka.

Azhar berkongsi foto bersama isteri dan anak-anaknya pada Aidilfitri baru-baru ini.

"Saya harap semakin mereka membesar menjadi orang dewasa mereka akan faham kesan yang mereka akan dapat daripada setiap tindakan mereka.

"Mereka tak bodoh. Mereka tahu api neraka tu panas macam mana.

"Saya dan Chempaka sentiasa menasihati mereka dan pada masa sama kami harap ia masih tidak terlambat untuk membimbing anak-anak kami," jelasnya.

Azhar dan Chempaka dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Leona dan Andika Rees Pahamin, 18, serta Kasih Leia Ixora yang berusia 21 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona

Artikel Berkaitan

Artikel Lain