suria

Malaysia Airports mohon maaf kepada Nourul Wahab, ambil tindakan tatatertib - “Kami tidak akan biar begitu sahaja sikap biadab mana-mana kakitangan”

Nourul meluahkan perasaan kesal terhadap layanan buruk yang diterimanya di KLIA pada Sabtu lalu.

SUSULAN laporan kelakuan biadab petugas Keselamatan Penerbangan (AVSEC) terhadap penyanyi, Nourul Wahab, Malaysia Airports telah mengambil tindakan tatatertib ke atas petugas berkenaan.

Wakil pengendali lapangan terbang itu berkata, pihaknya tidak akan membiarkan sikap seperti itu dalam kalangan kakitangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab ditengking anggota keselamatan KLIA - “Saya tak pernah jumpa orang kurang ajar seperti itu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Artis tak boleh kena tengking ke?” - Nourul Wahab teruk disindir netizen, tampil perjelas isu video luah perasaan di KLIA

"Malaysia Airports tidak akan membiarkan begitu sahaja sikap biadab mana-mana kakitangannya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.



Nourul berkongsi pengalaman buruk tentang layanan pertugas di KLIA pada Sabtu lalu.

Malaysia Airports berkata pihaknya telah menjalankan siasatan segera setelah menerima maklumat kejadian itu, selain turut mengesahkan kejadian berkenaan adalah seperti yang dilaporkan.

Syarikat itu turut memohon maaf kepada Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab dan keluarganya atas kejadian yang dikesali itu.

Pihak berkenaan juga mengingatkan penumpang untuk merujuk di laman webnya untuk pertanyaan yang sering diajukan (FAQ) berhubung kebiasaan baharu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pada Sabtu, Nourul memuat naik video di laman sosialnya meluahkan kekesalan terhadap sikap seorang petugas AVSEC di KLIA, yang didakwa bercakap kasar dan bersikap kurang ajar dengannya ketika penyanyi itu bersama suaminya ke lapangan terbang berkenaan untuk menghantar ibu dan bapa mentuanya pulang ke Perancis.- BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
KLIA, NOURUL WAHAB, MALAYSIAN AIRPORT

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?