suria

Elvina Mohamad berang foto dengan anak jadi bahan ‘pelaris’ - “Dah minta padam tapi dia degil, siap mengaku kawan!”

Elvina kesal dengan sikap individu tidak bertanggungjawab menggunakan gambar dia dan anak tanpa kebenaran.

PELAKON Datin Elvina Mohamad berang apabila mengetahui foto dia bersama anak lelakinya, Karl Mateen digunakan individu tidak bertanggungjawab di aplikasi WhatsApp untuk urusan perniagaan.

Menurut Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 25, pemandu peribadinya sudah menghubungi individu itu dan meminta untuk menukar gambar tersebut sejak Isnin namun tidak diendahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan bodoh sangat sampai nak dera anak sendiri” - Elvina bengang netizen 'kaki menyibuk', tak faham maksud bergurau

Lebih menimbulkan kemarahan apabila individu tersebut turut memberi alasan dia menggunakan gambar berkenaan kerana menganggap Elvina sebagai kawan sedangkan aktres itu langsung tidak mengenalinya.



Elvina berang foto dia bersama anak digunakan atas urusan perniagaan.

"Saya dah minta tolong pemandu hubungi individu tersebut secara baik sejak tengahari, semalam (Isnin). Pemandu saya pun dah minta individu itu buang gambar tersebut tapi dia masih berdegil.

"Sehingga ke hari ini, saya periksa dia masih bergedil dan tidak buang gambar kami. Malah dia beri alasan tindakannya menggunakan gambar saya itu sebab dia kenal dan berkawan dengan saya.

"Katanya dia kawan saya. Sedangkan saya tidak langsung mengenali individu tersebut. Saya terkejut juga selepas ada pelanggan dia beritahu kepada saya," kata Elvina kepada mStar pada Selasa.

Lebih-lebih lagi dia letak dengan gambar anak, saya memang sangat sensitif.

ELVINA MOHAMAD

PELAKON

Sebelum ini, Elvina memuat naik paparan skrin nombor telefon dan gambar yang digunakan individu tersebut di laman Instastory miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Elvina memberi amaran kepada individu itu untuk memadam dan menukar gambarnya dengan segera sebelum dia mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Elvina memberitahu dia akan membuat laporan polis pada hari ini (Selasa) berikutan kedegilan individu tersebut.



Suami Elvina, Datuk Haniff Borhan meminta isterinya membuat laporan polis terhadap individu tersebut.

"Saya bimbang kalau apa-apa terjadi, nama saya dikaitkan pula. Saya dah beri peluang dan minta dia tukar gambar itu tapi masih berdegil. Jadi, memang kena buat laporan polis juga.

"Sebab saya pun tak tahu dia berurus niaga macam mana, mana tahu dia tipu orang ke apa ke? Lebih-lebih lagi dia letak dengan gambar anak, saya memang sangat sensitif.

"Suami pun suruh buat laporan polis sebab dia pakai gambar saya dan anak atas urusan perniagaan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Elvina Mohamad,

Artikel Lain