suria

Emelda tak diam diri, fail saman tuntut RM1 juta daripada Zarina Anjoulie

Emelda tuntut RM1 juta daripada Zarina sebagai ganti rugi serta permohonan maaf secara terbuka.

KEMELUT antara selebriti kontroversi Zarina Anjoulie dengan pelakon Emelda Rosmila masih belum selesai dan dilihat akan terus berpanjangan.

Terbaharu Emelda menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta terhadap Zarina yang menurutnya telah secara terang memfitnahnya secara rakaman video di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan, Emelda tiada respons tuntutan RM4 juta, Zarina Anjoulie teruskan tindakan undang-undang

Bukan itu sahaja, menerusi saman dan penyataan tuntutan balas terhadap Zarina, Emelda turut meminta ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang pelakon itu atau mana-mana ejennya menerbitkan semula kenyataan fitnah terhadapnya yang diterbitkan dalam bentuk video.

Kemelut antara mereka bertiga masih berlanjutan.

Selain itu isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlee ini juga menuntut permohonan maaf daripada Zarina dan ia perlu disiarkan di media cetak, Facebook serta Instagram miliknya.

Saman dan tuntutan balas itu diserahkan kepada peguam Zarina pada 9 Jun lalu.

Menerusi kenyataan rasmi kepada media, turut dinyatakan bahawa pasukan guaman Emelda daripada Tetuan The Law Chambers of Fauzi & Nasser sudah memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman dan pernyataan tuntutan oleh Zarina sebelum ini.

Zarina teruskan tindakan undang-undang terhadap Emelda dan Amyza.

Menerusi pernyataan pembelaan tersebut, Emelda menafikan bahawa dia terlibat mengeluarkan perkataan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram kumpulan Covid-19 Persatuan Seniman.

Malah Emelda turut menafikan bahawa hantaran di Instagram miliknya merupakan fitnah kepada Zarina.

Menerusi laporan mStar pada 24 April lalu, Zarina menerusi kenyataan rasmi kepada media memberitahu dia meneruskan tindakan undang-undang terhadap Amyza Aznan dan Emelda selepas mereka gagal menjawab surat tuntan pampasan sebanyak RM4 juta.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain