“Walapun seringgit, tetap kena faraid!” - Ali Puteh pelik kakak ipar serah dompet arwah tanpa wang tunai dan kad bank - Sensasi | mStar

“Walapun seringgit, tetap kena faraid!” - Ali Puteh pelik kakak ipar serah dompet arwah tanpa wang tunai dan kad bank

Ali menjelaskan kakak iparnya menyerahkan dompet arwah tanpa duit dan kad bank.

SUSULAN isu harta peninggalan Allahyarham Abam Bocey dan status hinaan terhadap kakak ipar, Nor Hidayah, pelawak Ali Puteh tampil memberi penjelasan.

Menerusi sebuah temu bual bersama Ria X, Ali menafikan segala dakwaan dia dan keluarga cuba mengambil kesemua harta pusaka peninggalan arwah.

Jelas Ali, perkara berkaitan harta sudah dibincangkan dengan kakak iparnya dan dia meminta sedikit masa untuk menguruskan dengan cara yang betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam dedah kereta ditarik, tidak dapat harta peninggalan... Aliff Syukri dituduh punca pecah belah!

ARTIKEL BERKAITAN: Transkrip penuh perbualan ‘panas’ Aliff Syukri dan balu Abam... Soalan mengenai wasiat, kereta dan harta arwah turut ditanya

"Pada hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama mengenai hutang-hutang arwah.

Ali menjelaskan semua dakwaan terhadapnya menerusi temu bual bersama Ria X.

"Berkenaan dengan telefon bimbit, tujuan saya mengambilnya kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ sebab sebelum ini saya juga yang menguruskan segala kerja arwah.

"Menerusi telefon itu juga saya dapat periksa jika arwah ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan. 

"Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing, arwah dah belikan telefon bimbit. Selepas selesai segala urusan hutang, ambillah semula," katanya.

Selain itu, Ali turut turut menjelaskan tujuan dia mengambil dompet arwah abangnya itu kerana perlu mendapatkan maklumat kad ahli seniman.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila Nor Hidayah menyerahkan dompet tersebut tanpa sebarang wang tunai dan kad bank kepunyaan arwah.

"Saya mengambil dompet itu sebab perlu melihat kad seniman. Tapi dompet yang diberikan hanya ada beberapa kad dan tiada wang ringgit mahupun seringgit atau dua puluh sen pun tak ada.

"Saya bertanya pada dia mana duit? Dia kata memang arwah tak ada tinggalkan apa-apa dan tidak keluar duit. Agak mustahil!

"Sebab awak kahwin baru dua tahun, saya hidup dengan arwah dah 31 tahun dan saya kenal abang saya itu selalu akan pastikan ada duit dalam dompet.

"Kalau termakan, itu kesilapan... sebab belum faraid apa-apa. Walapun seringgit, tetap kena faraid. Tapi tak apa la, saya tak nak fikir mengenai perkara itu," katanya.

Pada malam Rabu, Ali mencetuskan kemarahan netizen apabila melemparkan status berbaur hinaan kepada balu abangnya.

Jadi, dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab?

ALI PUTEH

PELAWAK

Ali tidak dapat menahan kemarahannya selepas melihat video Facebook usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri di Facebook yang bertanyakan mengenai harta peninggalan arwah.

Menerusi video tersebut, Nor Hidayah mendedahkan kereta milik arwah suaminya diambil keluarga mentua dan dia tidak dapat harta peninggalan.

Dalam pada itu, Ali menafikan dia tidak membenarkan Nor Hidayah menggunakan kereta arwah sehingga terpaksa menaiki grab untuk membawa anaknya, Syed Uthman Hamzah yang berusia sembilan bulan itu ke klinik akibat demam.

"Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah arwah bersama ibu saya dan saya pun berada di situ untuk menjaga ibu.

"Kami tidak mengetahui anaknya demam sehinggalah ibu saya yang menyedari dan meminta untuk bawa ke klinik.

"Pemandu arwah yang membawa ibu saya dan anak arwah ke klinik dengan menaiki Myvi. Jadi, dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab?

"Dari segi mana kereta itu tak boleh guna. Saya seorang bapa, ada anak dan anak meninggal pun ada. Takkan saya nak biarkan budak itu sakit.

"Janganlah kata kereta itu kami ambil, tidak mahu pun. Kenderaan kita mati nanti pun van jenazah saja," ujarnya.

Dalam pada itu juga, Ali memberitahu tujuan dia mengambil dua kereta arwah iaitu Vellfire dan Myvi kerana masih ada pembayaran yang perlu dilangsaikan namun akan memulangkan kenderaan itu jika pihak balu arwah mampu membayar RM2500 secara bulanan.

Sementara itu, Ali mengakui dia tidak dapat menahan kemarahannya ketika memuat naik status berkenaan kakak iparnya itu.

"Sesiapa saja pasti akan meluahkan kemarahan, malah selepas tahu cerita ni, mungkin mereka akan keluarkan kata-kata yang lebih teruk.

"Keluarga saya diajar untuk tidak mengambil hak orang lain. Walaupun kami bersama-sama bekerja di dalam industri, saya tak pernah ambil duit dia.

"Saya bersumpah dengan nama Allah, kalau saya bohong, cabutlah nyawa saya. Saya lagi rela mati daripada ibu saya dihina sebegini," katanya.

Menyentuh mengenai dakwaan yang mengatakan Nor Hidayah dihalau keluar sehelai sepinggang, Ali menafikan perkara itu.

Ali juga memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan dia juga telah memaafkan semua pihak yang melemparkan kecaman serta berharap netizen tidak hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja.

Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain