suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kenapa macam nak gaduh? Saya hanya beri bantuan duit” - Aliff Syukri sedia bersemuka dengan keluarga arwah Abam

Aliff Syukri (kanan) sedia bersemuka dengan Ali Puteh pada bila-bila masa.

TINDAKAN pelawak Ali Puteh yang tiba-tiba melenting terhadap Datuk Seri Aliff Syukri mengundang tanda tanya usahawan kosmetik itu.

Kata Aliff, dia tidak faham mengapa kehadirannya ke rumah balu Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan disalah ertikan adik arwah.

"Saya tak faham, saya hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah sebab saya lihat dia memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Baik Ramai Sayang, Gemok Is Awesome” - Tagline jadi ingatan… Ini 11 fakta menarik perjalanan hidup Abam!

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibu sukar tidur, kakak ipar banyak berdiam” - Ali Puteh

"Saya bertanya khabar dan saya disambut baik oleh mereka. Semua soalan yang saya tanya sudah dipersetujui mereka.

"Bukan saya suka-suka tanya, harap maklum jangan cakap saya tak jaga sensitiviti orang," katanya menerusi Instagram pada Rabu, malam.

Jawapan balas Aliff terhadap kemarahan Ali di Instagram.

Aliff menjelaskan mengenai muat naik Ali di platform yang sama, mendakwa kunjungannya ke rumah Abam mengguris hati ibu dan keluarga arwah.

Terdahulu Ali mencabar Aliff untuk bersemuka bagi menyelesaikan mengenai hal tersebut.

"Aliff syukti... aku cabar kau jumpa aku dan keluarga.

"Dasar orang kaya yang mengambil kesempatan!," tulis Ali di Instagram.

Difahamkan kemarahan Ali berpunca daripada tindakan Aliff membuat rakaman sepanjang berbual dengan isteri arwah Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.

Rakaman itu akan disiarkan menerusi saluran YouTube Aliff.

Aliff Syukri, Ali Puteh, Abam Bocey

Artikel Lain