“Dia kata isu ini dah selesai... apa yang selesai?” - Bekas kekasih beri tempoh seminggu Naim Daniel daftar semula lagu Sumpah! - Sensasi | mStar

“Dia kata isu ini dah selesai... apa yang selesai?” - Bekas kekasih beri tempoh seminggu Naim Daniel daftar semula lagu Sumpah!

Naim Daniel diminta daftarkan semula lagu Sumpah sebagai karya bersama.

KONFLIK pemilikan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel terus berpanjangan apabila bekas kekasihnya iaitu Dayana Emerda membuat tuntutan mendaftar semula lagu tersebut sebagai karya bersama.

Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 21, mendakwa Naim merakam dan menerbitkan lagu Sumpah tanpa pengetahuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Julang trofi juara AJL34, Naim Daniel harap tiada isu kongsi hadiah dengan bekas kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Tepati ramalan Sumpah (Naim Daniel) juara AJL34

Malah, Naim didakwa bersikap tidak bertanggungjawab ketika diminta mnejelaskan situasi sebenar.

Naim menerusi lagu Sumpah diumum juara AJL34.

“Saya tampil hari ini untuk membersihkan nama selepas teruk dikecam netizen walhal hanya mahu tegakkan kebenaran yang saya terlibat sama dalam pembikinan lagu sumpah.

“Salah faham ini bermula selepas tular satu video wawancara Naim bersama seorang DJ radio, dia menyatakan bahawa seseorang pasti tahu tentang lagu Sumpah yang merujuk kepada saya. Memang la saya tahu, saya individu bersama yang tulis lagu tersebut ketika kami menjalin hubungan istimewa pada 2015.

Dia sering menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang isu ini sudah selesai.

DAYANA

“Malah dia sering menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang isu ini sudah selesai sedangkan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihaknya," kata Dayana kepada mStar.

Dayana ditemui pada satu majlis sidang media berhubung isu hak cipta lirik serta lagu Sumpah yang dianjurkan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) di Kota Damansara pada Rabu.

Dayana (bertudung hijau) bersama peguamnya (baju putih) dan wakil Irama mengadakan sidang media khas pada Rabu.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Dayana iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan pihaknya memberi tempoh selama seminggu kepada Naim untuk mendaftarkan lagu berkenaan sebagai hak milik bersama bagi mengelak konflik berpanjangan.

Tambahnya, pihaknya akan meneruskan tindakan undang-undang sekiranya pemenang juara Anugerah Juara Lagu ke-34 itu mengambil sikap tidak acuh.

“Jujur sahaja! Kami mahukan kejujuran Naim. Pihak kami sudah mempunyai bahan bukti yang mencukupi untuk membawa kes ini ke peringkat yang lebih jauh namun biarlah kami simpan dahulu buat masa sekarang.

“Dayana tak minta keuntungan namun kecewa apabila dia kata perkara ini dah selesai, apa yang selesai?

"Beri tahu sahaja kepada umum yang lagu ini dibuat bersama-sama. Dia ada tempoh seminggu dan biarlah saman menjadi tindakan terakhir yang kami gunakan,” katanya.

Naim Daniel , Sumpah

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain