“Hari Jumaat dicemari dengan makian, doa buruk buat keluarga dan isteri arwah” - PU Amin minta Aliff Syukri padam video kontroversi - Sensasi | mStar

“Hari Jumaat dicemari dengan makian, doa buruk buat keluarga dan isteri arwah” - PU Amin minta Aliff Syukri padam video kontroversi

Isteri dan keluarga arwah Abam menerima kecaman netizen gara-gara video Aliff Syukri.

ISU harta peninggalan Allahyarham Abam Bocey yang didedahkan menerusi video Facebook usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mendapat perhatian masyarakat.

Pencetus Ummah (PU) Amin meluahkan rasa kesal apabila perkara itu menimbulkan perbalahan dan cemuhan netizen kepada keluarga Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN:Balu Abam dedah kereta ditarik, tidak dapat harta peninggalan... Aliff Syukri dituduh punca pecah belah!

ARTIKEL BERKAITAN: “Walapun seringgit, tetap kena faraid!” - Ali Puteh pelik kakak ipar serah dompet arwah tanpa wang tunai dan kad bank

"Inilah kesan apabila sedekah atau sumbangan diumumkan secara public. Ambil video, upload dan tanya soalan peribadi.

"Akhirnya keluarga arwah dihina, isteri arwah dihina, netizen terus jadi hakim. Hari Jumaat dicemari dengan makian dan doa buruk buat keluarga dan isteri arwah.

"Soalan peribadi jangan ditanya kalau nak tanya berbisiklah, jangan bagi orang luar tahu. Itu aib," ujarnya.

Status PU Amin berkaitan isu harta peninggalan arwah.

PU Amin turut menasihatkan Aliff Syukri untuk memadam video berkenaan.

Pada Rabu, dunia hiburan digemparkan dengan pendedahan balu Abam Bocey iaitu Nur Hidayah yang mendakwa tidak dibenarkan memakai kereta milik arwah dan tidak mendapat harta peninggalan suaminya.

Perkara itu menimbulkan kemarahan adik kepada Abam iaitu Ali Puteh yang memuat naik status berunsur hinaan kepada kakak iparnya itu sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Soalan peribadi jangan ditanya kalau nak tanya berbisiklah, jangan bagi orang luar tahu. Itu aib!

PU AMIN

PENDAKWAH BEBAS

Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas mengalami demam panas berpanjangan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Siti Nur Hidayah dan seorang anak lelaki berusia sembilan bulan.

Sementara itu, pendakwah bebas Da'i Wan Dazrin menyifatkan apa yang berlaku adalah disebabkan kelemahan media sosial.

Perkara yang dikeluarkan menerusi media sosial bersifat sebelah pihak dan menjatuhkan hukum tanpa mendengar penjelasan sebenar pihak lain.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

"Media sosial telah menunjukkan kelemahannya. Kecoh isu berhari-hari tentang perebutan harta pusaka arwah Abam dan netizen semua telah tertipu dengan kelemahan media sosial yang sentiasa bersifat sebelah pihak.

"Ketika Datuk Aliff Syukri menjadi Whistle-blower, netizen pun menyokong sebab mendedahkan seolah-olah Ali Puteh telah mengambil harta pusaka arwah Abam yang bukan miliknya.

"Bila tak pandai dan tak tahu kelemahan media sosial, apa yang akan berlaku? Dengar sebelah pihak, hukum sebelah pihak. Kita dah jadi tukang hukum segera," tulisnya di laman sosial Instagram.

Wan Dazrin kesal penggunaan media sosial punca isu harta peninggalan arwah Abam.

Justeru itu, Wan Dazrin meminta orang ramai tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga dan keluarga orang lain.

Tambahnya, jika mahu membuat sumbangan perlu dilakukan secara ikhlas tanpa bertanya tentang hal peribadi.

"Tapi ramai yang terlupa satu benda, jangan masuk campur urusan rumah tangga atau keluarga orang dan tayangkan ia di media sosial.

"Jika mahu bantu hanya datang, dan selepas menceritakan tentang bantuan itu, pulang," tambahnya.

PU Amin , Wan Dazrin , Abam

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain