Dua juara hanya nampak juri lemah, tak dapat menilai bakat sebenar - Khir Rahman anggap keputusan GV6 hanya untuk ‘makanan netizen’

Khir berpendapat hanya Naqiu sahaja yang sepatutnya menjadi juara GV6.

KEPUTUSAN mengangkat penyanyi Hady Mirza dan Naqiu (Boboy) sebagai juara program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) turut menarik perhatian pelakon Khir Rahman.

Khir, 46, berkata segala keputusan pada malam akhir itu tidak perlu diambil serius memandangkan ia hanya bertujuan untuk dijadikan bahan perbualan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah siap-siap buat dua trofi juara GV6!” - Astro jawab dakwaan rancang kemenangan Naqiu dan Hady Mirza

Khir juga meminta netizen tidak melepaskan kemarahan mereka kepada Hady yang tidak mempunyai kaitan dalam sebarang keputusan pada malam tersebut.

"GV adalah program yang bersifat 'sekadar hiburan'. Janganlah ambil serius sangat. Sebarang keputusan adalah untuk dijadikan bahan untuk diperkatakan demi perniagaan.

Khir meluahkan pendapatnya menerusi Twitter.

"Jadi, tenang saja. Yang penting, jangan sesekali marah kepada Hady Mirza. Bukan dia yang membuat keputusan untuk melepaskan dua juara," tulisnya di Twitter.

GV6 yang berlangsung pada Ahad lalu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam membuat kejutan apabila mengangkat dua juara iaitu Hady dan Naqiu.

Rata-rata netizen menganggap kemenangan tersebut seolah-olah dirancang kerana semasa pengumuman pemenang GV6, dua trofi sudah tersedia untuk diserahkan kepada Naqiu dan Hady.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, pihak Astro menegaskan kemenangan tersebut tidak dirancang dan memberitahu salah satu trofi yang diterima oleh juara adalah mock up (model) yang digunakan untuk tujuan publisiti.

Sebenarnya secara peribadi, saya juga pilih Naqiu sebagai juara. 

KHIR RAHMAN

PELAKON

Menurut juri tetap, Datuk Ramli MS, pemilihan Hady dan Naqiu sebagai juara kerana kedua-duanya menunjukkan persembahan nyanyian setara dan mendapat markah yang sama.

Dalam pada itu, Khir memberitahu juri dan produksi merupakan pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa dalam setiap pemarkahan.

Bagaimanapun, dia memahami segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu kerana melihat kelemahan juri dalam menilai bakat yang ada pada Naqiu.

"Sebenarnya secara peribadi, saya juga pilih Naqiu sebagai juara. Nyanyiannya hampir sempurna manakala Hady ada sikit tergelincir di peringkat awal nyanyiannya.

Segelintir netizen mempertikaikan pihak produksi mengangkat Hady dan Naqiu sebagai juara.

"Kejujuran dan kuasa keputusan adalah tanggungjawab juri dan Astro. Hanya mereka yang boleh mengiyakan atau menidakkan pemarkahan yang didakwa sama itu.

"Saya faham, pahat yang berbunyi ini sebenarnya bukanlah kerana menafikan rezeki Hady, sebaliknya kerana terasa akan 'lemahnya' juri dalam menilai pelbagai bakat, versatile, zat bintang yang ada pada Naqiu.

"Hingga seolah-olah rezeki Naqiu sebagai juara mutlak pula dinafikan apabila akur pada pemarkahan," katanya.

Selain Ramli MS, juri tetap yang mengadili GV6 ialah Hetty Koes Endang dan juri jemputan pada malam akhir ialah Datuk Rizalman.

GV6 turut menyaksikan penyanyi Jatt Ali tempat ketiga, Nurfatima (keempat), One Nation Emcees (kelima) dan Shah Visa (keenam). 

Khir Rahman, GV6, Naqiu, Hady Mirza

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain