Isteri pendakwah selebriti tertekan, temui video berahi suami bersama wanita lain

Isteri peserta program realiti dakwah tertekan sikap suami.

BELUM reda kontroversi rumah tangga beberapa pendakwah selebriti, timbul pula kisah terbaharu membabitkan seorang lagi penceramah bebas kelahiran program realiti yang didakwa berlaku curang.

Pendedahan tersebut dilakukan isterinya yang kami namakan ia sebagai A.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Berhenti guna nama ustaz untuk memuliakan diri!” - PU Amin kecewa tugas dakwah tercemar kerana kontroversi

A mendakwa dirinya sudah tidak mampu untuk menanggung beban dan penderitaan sepanjang empat tahun perkahwinannya dengan selebriti terbabit.

Tambah wanita itu, dia mengalami tekanan emosi ekoran perbuatan buruk suaminya yang beberapa kali ‘terkantoi’ kerana curang.


A dedah sikap suami di laman Instagram.

“Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongan sebegini.

“Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya,” ujar wanita itu kepada mStar.

Lebih mengejutkan, A mendedahkan ia bukanlah kali pertama suaminya melakukan perkara seumpama itu.

Malah saya diberitahu oleh beberapa mangsanya yang dia sering memulakan perbualan mesra malah cuba untuk membuat panggilan video.

ISTERI PENDAKWAH SELEBRITI

Dia juga mendakwa turut menemui beberapa keping gambar bekas teman wanita suaminya yang dikongsi melalui kiriman pesanan peribadi (DM) di laman sosial Instagram.

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia pernah bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya menerusi DM di Instagram.

“Namun saya memaafkannya dengan harapan dia akan berubah. Namun sangkaan saya meleset, dia masih berperangai buruk biarpun selepas kami dikurniakan cahaya mata.

"Kejadian yang berlaku telah menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan,” jelasnya.

A hadir ke studio mStar untuk mendedahkan sikap suaminya kepada wartawan, Farhan Ikram

Bukan itu sahaja, peserta program realiti yang berusia 29 tahun itu juga dikatakan sering menghantar kiriman dalam bentuk DM kepada gadis-gadis muda secara rawak di Instagram dengan niat untuk memulakan perbualan tidak senonoh.

“Sepatutnya dia gunakan gelaran yang dipikulnya untuk berdakwah dan menegakkan agama, tapi lain pula jadinya. Dia menggunakan pengaruhnya di laman sosial untuk berkenalan dengan beberapa gadis muda.

“Malah saya diberitahu oleh beberapa mangsanya yang dia sering memulakan perbualan mesra malah cuba untuk membuat panggilan video,” tambahnya.

Antara pendedahan yang dibuat isteri pendakwah selebriti tersebut.

Wanita terbabit yang hadir ke pejabat mStar turut mendedahkan dia juga berhasrat untuk membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya itu.

Dalam pada itu pendakwah terbabit yang menghubungi mStar memohon agar isu berkenaan tidak dipanjangkan.

Dia bagaimanapun enggan memberi ulasan lanjut berhubung tuduhan isterinya itu.

pendakwah selebriti, Da'i Farhan

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain