“Abaikan mereka yang iri hati dengan ketokohan sayang dalam bidang kedoktoran” - Da'i Farhan sambut ulang tahun isteri pada 19 Disember

Nik Farhan memberi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Aireen.

JUARA program Da'i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohammad berharap isterinya, Dr Aireen tidak terkesan dengan komen-komen negatif daripada segelinitir pihak yang iri hati dengan kehebatannya dalam bidang kedoktoran.

Nik Farhan menerusi Instagramnya pada Jumaat memberi sokongan dan meminta isterinya itu terus bersemangat memberi manfaat kepada masyarakat dalam bidang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semakan nama di website, 0 record found” - Isteri Da'i salah guna gelaran doktor?

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan pengkid tak kesampaian... mana buktinya? - Rakan baik bekas isteri Da'i Farhan kesal tak habis-habis difitnah

"Teruskan semangat memberi manfaat pada masyarakat dalam dunia perubatan dan kesihatan. Abaikan kata-kata mereka yang iri hati dengan ketokohan sayang dalam bidang kedoktoran.

Paparan skrin pesanan mesej dan juga akaun Instagram yang dikongsi di posting halaman Facebook.

"Yakin dengan Allah, kongsi kebaikan dengan kasih sayang, teruskan merawat insan-insan untuk mereka kembali sihat walafiat, selesa dan bahagia beribadah kepada TuhanNya," katanya.

Pendakwah bebas ini memuat naik luahan tersebut menerusi laman Instagram sempena ulang tahun kelahiran isterinya itu pada Khamis, 19 Disember 2019.

Nik Farhan turut memuat naik beberapa foto ketika mereka sedang berbulan madu di Seoul, Korea baru-baru ini.

Bagaimanapun, Nik Farhan masih memilih untuk menutup ruang komen di laman sosialnya bagi mengelakkan perbalahan dalam kalangan netizen.

Teruskan semangat memberi manfaat pada masyarakat dalam dunia perubatan dan kesihatan.

NIK AHMAD FARHAN

Juara Da'i musim kedua

Sebelum ini, satu halaman Facebook muncul dengan pendedahan mengejutkan apabila mendakwa isteri Nik Farhan itu telah menyalahgunakan gelearan doktor (Dr).

Isterinya yang menggunakan akaun IG [email protected] sebelum ini menyatakan bahawa dirinya seorang doktor neurologi.

Namun, semakan di laman sesawang Majlis Perubatan Malaysia (MMC), nama Aireen atau Noorainul Naqim Mohd Radzi tiada dalam pangkalan data tersebut.

Dalam pada itu, Nik Farhan menganggap tarikh 19 Disember mencipta satu kenangan terindah buat mereka dan mendoakan agar isterinya sentiasa dimurahkan rezeki.

Nik Farhan berkongsi foto ketika mereka berbulan madu.

"Kenangan yang indah tercipta pada tarikh 19 hari bulan ni. Sanah Helwah buat isteriku tercinta @drholisw.

"Moga sentiasa disinari cahaya kebahagiaan dalam hidup, dilimpahkan rezeki yang barakah, sukses selalu dunia akhirat," ujarnya.

Pasangan ini mula menjadi perbualan hangat netizen apabila Nik Farhan mendedahkan dia sudah berkahwin dengan seorang janda beranak lapan di Makkah tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Kontroversi perkahwinan keduanya itu semakin hangat diperkatakan apabila dia mengesahkan mengenai khabar angin sudah menceraikan Fatin menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember lalu.

Da'i, Nik Farhan, Dr Aireen

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain